19 Mar 2013

Analisis - mengenalpasti Samsung Galaxy S3 Palsu

Berita lambakan Android Samsung Galaxy S3/ SIII palsu telahpun dikesan sebelum pelancaran. Ini agak membimbangkan kerana model palsu yg dijual telah disalahertikan sebagai yg tulen (original). Tujuan topik ini bukanlah untuk memburukkan mana pihak penjual tetapi bertujuan bagi kesedaran & pengetahuan pengguna.

Pengarang mengesyorkan supaya sebelum membeli, meluangkan masa membaca review Galaxy SIII/ S3. Tidak membaca review adalah kecuaian pertama dalam membeli telefon pintar, jadi sebelum anda membeli, kenali dahulu spesifikasi & kualiti binaan menerusi bacaan reviu  & youtube.


Berikut antara spesikifasi terpenting yg dipetik dari lawan web GSMarena.com

Skrin sentuh 4.8 inci dengan Super AMOLED HD,
Skrin Gorrila Glass 2, dengan resolusi skrin 720*1280

Kelajuan CPU 1.4Ghz

4-teras (Quad CORE) Cortex Arm 9
CPU model Exynos 4412
Pemecut grafik model Mali400

Kapasiti

Memori dalaman 16/32/64
Sokongan kad memori Micro SD
Bateri 2100mah

Kamera 8 Megapiksel



kemaskini pada 05-02-13
Maklumat tetapan pada peranti asli mempunyai catatan Model number GT-I9300, sebelum membuat pembayaran, lihat maklumat ini terlebih dahulu



Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)





Terlebih dahulu kita beri tumpuan pada 4 gambar yg dipetik dari gsmarena.com. Ini ialah model Samsung Galaxy SIII yg tulen/ original
Samsung Galaxy S3 

perhatikan pada ruang keypad

model ini menggunakan batteri berkapsiti 2100mAh. Satu SIM sahaja


kemaskini pada 12-12-12
Ujian Aplikasi Benchmark  
Berikut ialah susunan markah yg diperolehi dari engadget.com

Nota : Keputusan ujian sentiasa berbeza2, walaubagaimanapun jarak (margin) perbezaan markah tidak ketara. Sekiranya berlaku pengurangan markah atau perbezaan yg terlalu ketara, peranti yg diuji bermungkinan bermasalah atau bukan tulen.


Ini ialah  model palsu pertama tersebar melalui Engadget pada Julai 2012.


Model ini dikenali sebagai HDC Galaxy S3, Berskrin 4.7'. Tetapi menggunakan kuasa CPU 1Ghz dengan RAM yg agak rendah; 512Mb RAM. Dari segi kosmetik hampir sama tetapi mempunyai lebih ketebalan dari model original Samsung Galaxy S3 dan tiada logo SAMSUNG.

Lihat video youtube dibawah  yg diulas daripada Technobuffalo.  Dari  pengamatan video ini pula ciri2 fizikal hampir hampir tidak boleh dibezakan ! hanya selepas membuka panel bateri jenama yg dikesan ialah bernama "Sunsang". Sekiranya batteri pun bernama Samsung maka semakin sukar dibezakan pembeli biasa.

penciplakan terhebat


Sekarang lihat pula pembezaan palsu dari segi sticker pembungkusan. Gambar ini dikirim khas dari teman pengarang yg juga seorang otai gajet


Samsung Galaxy S3  original ialah di sebelah kiri, manakala kedua2 model dari gambar kanan ialah model palsu. Jika diperhatikan perkataan "HD AMOLED" diubah kepada "HD OLED". Pada model palsu juga tidak dinyatakan mempunyai label NFC (near field communication)

Pada bahagian belakang bateri pula perhatikan juga pelekat jenama antara ruang bateri.

rekabentuk logo & font type yg meragukan
kadar batteri pula 1850 mAh, model asal menggunakan 2100 mAh


Ini pula dari model palsu yg lain dari laman web jualan. Kualiti kotak pembungkusan pun dah menampakkan kepalsuan.

ruang yg agak "luas" pada ruang keypad

kedudukan simcard dan kad memori berbeza

Logo kelihatan murah




kemaskini pada 07-03-13
Contoh model palsu terbaru , kedudukan memori kad dan kad sim berbeza dari kedudukan asal
Video youtube oleh NegriElectronics


Kesimpulan
Walaupun dari segi fizikal hampir sama, struktur binaan sangat berbeza. Model palsu tidak boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi Samsung bagi tujuan mendapatkan sokongan update di kemudian hari.  Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga tipis. Model2 tiruan ini dijangka tidak mempunyai update dan kekal dengan firmware sedia ada ini kerana tiada mana pengeluar tiruan yg berani atau sanggup memberi update Android kepada versi baru.

Jadi jangan berputih mata dengan membeli peranti tiruan yg mungkin menyebabkan anda keseorangan mendapatkan bantuan. Fikir-fikirkan :-)

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive