19 Mar 2013

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)

Mengapa perlu memilih original ?
Jika pembeli tiada pengalaman memilih dan mempunyai wang yg lebih, pilihan original lebih selamat & meyakinkan. Aksessori yg diberikan semuanya adalah yg tulen dan berkualiti dari gred tiruan dalama pasaran. Aksesori terpenting ialah unit pengecas (charger unit) yg original dan mestilah dalam keadaan terbaik supaya aktiviti mengecas dilakukan dengan selamat. Pengecas tulen juga mempunyai tahap keselamatan seperti berhenti charging secara automatik apabila penuh & kurang bahang panas semasa mengecas.

Nota; Terdapat pengecas tiruan mempunyai kebocoran statik yg menggangu fungsi skrin sentuh, contohnya; semasa mengecas skrin sentuh tidak memberi respon tetapi apabila ditutup skrin sentuh boleh digunakan semula. Sila berhati kerana ia kerap berlaku pada pengecas yg rosak atau tiruan
Ada pengeluar dan ejen  memberi bonus tambahan seperti Samsung Elite Partner (SEP). Pembelian  menerusi agen terpilih SEP boleh menambah jaminan asas 1 tahun dengan tambahan 1 tahun. Ini ialah sebagai tanda penghargaan dan memberi jaminan selesa kepada pembeli*. Walaubagaimanapun jaminan 2 tahun telah berakhir pada Januari 2012 , menjadikan tempoh jaminan kembali kepada 1 tahun.
Adapun program seumpama juga dari jenama HTC dengan khidmat mengesahkan pendaftaran online yg juga memberi tempoh jaminan tambahan. Ejen seperti SIS Distributor yg mengedarkan jenama HTC menambah 1 tahun jaminan kepada pembeli membuat pendaftaran secara online dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian*. 
contoh tawaran dari ejen yg sah
Tetapi yg paling penting, pembelian original dapat membuat tuntutan jaminan boleh dibuat dimana2 pusat servis bertauliah diseluruh negeri di Malaysia. Terdapat juga jenama seperti Asus yg menawarkan tuntutan jaminan di cawangan seluruh dunia*. Pusat servis yg bertauliah dilengkapkan dengan aksessori dan perkakasan (spare part) tulen dengan alatan (tools) yg mencukupi, serta menggunakan khidmat juruteknik yg terlatih & dilantik pengeluar. Tapi ia bergantung dengan bekalan stok komponen kerana alat ganti tulen yg digunakan mungkin perlu dimport melalui ejen yg datang secara berkala


*bergantung & tertakluk dengan perubahan perjanjian & jenama pengeluar


Berikut antara pengedar rasmi set original di Malaysia
  • HTC - SIS Distributors, Brighstar, Cubic Platform
  • Samsung - Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
  • Sony - Midland, Thorus, TChoice
  • Nokia - Zitron, Avaxx

Persediaan sebelum membeli set AP berjenama
Tidak semua pembeli mampu membayar pada harga set original. Apa yg pembeli mahukan ialah murah dan berkualiti. Pembeli yg mempunyai pengetahuan gajet terkini, sudah tentu  berani dan tahu memilih yg mana berjenama & yg palsu. Sebab itulah perlunya membuat selidik dan kajian lanjut mengenai produk. Tambah pengetahuan  dengan bacaan reviu dan berita produk melalui reviu professional di youtube. 
Pembeli perlu membaca ciri spesifikasi dan maklumat produk yg ingin dibeli untuk mengelakkan ditelan hidup2. Pastikan penjual tahu maklumat nama syarikat AP atau ejen yg boleh dirujuk untuk tuntutan jaminan. Dapatkan maklumat nama/syarikat ejen dan  cara dan lokasi tuntutan jaminan sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli.
kenal pasti tempat tuntutan jaminan
Buat perbandingan harga 
Beli kepada penjual yg mempunyai premis ruang sewaan kedai yg telah lama dibuka dari membeli gerai kecil yg boleh ditutup pada bila2 masa. Dapatkan harga serta aksesori yg diberi serta  pantau di beberapa kedai lain untuk perbandingan harga (dari model yg sama). Amat mudah untuk membeli set AP memandangkan hampir semua kedai menjual model AP berjenama dengan harga yg murah. 
biar bayar lebih sedikit dengan aksesori yg cukup
Walaubagaimanapun, nisbah telefon tiruan, palsu, replica & look alike semakin meningkat sejak lambakan telefon murah dari China. Produk ini telah berselindung disebalik nama AP menyebabkan  ramai pembeli yg tertipu membeli AP palsu. Untuk mengenali produk palsu, semak artikel pengarang terdahulu atau menerusi link dibawah.
Rupa AP tiruan yg hampir sama... hehe

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive