19 Mar 2013

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 3)


Topik ini menerangkan contoh situasi pembeli yg berdepan dengan masalah yg pernah dialami semasa membuat pembelian peranti pilihan. Anggaplah situasi ini sebagai contoh pengajaran bagi pembaca yg mahu merancang dan menjadi pembeli bijak.





Berikut ialah contoh senario penipuan 

i- Mahu membeli set original /tulen tetapi yg dibeli ialah set AP berjenama 
Remy mahu membeli telefon pintar model Samsung. Selepas berunding dan bersetuju untuk memilih set original. Penjual meyakinkan mempunyai tempoh jaminan 3 tahun (biasanya 1 tahun) dan boleh dihantar ke mana2 pusat servis Samsung. Apabila pulang kerumah didapati model yg dijual sebenarnya set AP berjenama yg tidak mempunyai pelekat (sticker) rasmi Samsung SME pada kotak.

Rumusan;
1- Ia peranti memang berjenama tetapi mempunyai liputan jaminan terhad,
2- Tidak boleh dihantar ke pusat servis atau ejen  rasmi yg diiktiraf untuk tuntutan jaminan,
3- Tuntutan pada kedai / ejen yg dibeli.


ii-Mahu membeli model AP berjenama rupanya dibeli set AP klon 
Dinah berminat membeli Galaxy S set AP (berjenama) yg lebih murah pada gerai kecil. Penjual menyakinkan telefon yg dijual ialah AP berjenama dan mempunyai kualiti yg sama seperti set tulen. Walaubagaimanapun jaminan yg diberi agak pendek iaitu 1 tahun bagi peranti utama ,  3 bulan jaminan skrin & bateri. Selepas beberapa minggu menggunakan didapati logo Samsung terkopek dengan mudah, prestasi pula semakin merosot dan perlahan. Selepas membaca reviu didapati juga kedudukan kad sim dan kad memori berlainan dengan model reviu yg dibaca.

Rumusan;
1 - Ia peranti tiruan
2 - Tidak boleh dihantar ke pusat servis yg diiktiraf untuk tuntutan jaminan,
3 - Item mesti dipulangkan pada kedai / ejen yg dibeli untuk tuntutan.
4 - Masa menunggu lama untuk diservis semula dan dihantar ke kilang pengeluar diluar negara


iii-Mahu membeli set Original /tulen tetapi yg terbeli set AP tiruan, klon atau palsu
Andy baru berjinak2 dalam dunia telefon pintar, beliau bercadang membeli Samsung Galaxy S2 (SGSII) set original. Penjual meyakinkan model ini ialah terkini dan mempunyai kamera HD. Jaminan peranti yg diberi ialah setahun tetapi jaminan pada bateri hanya 3 bulan sahaja. Andy tetap berpuas hati dan membayar dengan harga RM1300. Selepas 4 bulan menggunakan model ini, penutup bateri pula semakin membonjol keluar. Rupanya bateri telah membengkak, tidak rata yg menunjukkan tempoh hayat berakhir (wear out). Andy cuba mendapatkan nasihat dari rakan sepejabat dan ditegur kerana skrin telefon yg dibelinya tidak terang sebaik skrin AMOLED. Selepas melakukan semakan sistem perkakasan Android dengan Quadrand Standard, ia menunjukkan ID CPU dan kelajuan CPU berbeza, berskrin LCD dengan memori 512Mb RAM.

Rumusan;
1 - Ia peranti tiruan
2 - Kerugian utama  ialah membayar dengan harga yg lebih kurang sama dengan Set original
3 - Tidak boleh dihantar ke pusat servis yg diiktiraf untuk tuntutan jaminan,
4 - Item mesti dipulangkan pada kedai / ejen yg dibeli untuk tuntutan.
5 - Masa menunggu lama untuk diservis semula dan dihantar ke kilang pengeluar diluar negara




Jadual dibawah ialah contoh pusingan servis bagi tuntutan jaminan (warranty) selepas pembelian

Baca dan amati perbezaan set belian / jualan sebelum membuat keputusan. Khidmat selepas jualan sangat penting sebagai pelan kecemasan jika peranti mempunyai masalah atau kerosakan dikemudian hari.

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive