19 Mar 2013

AWAS! Gambar-Gambar Palsu di Lahad Datu Tersebar

Sekeping gambar mampu menceritakan segalanya kepada orang yang melihatnya. Tapi jangan lupa, sekeping gambar juga mampu timbulkan fitnah kepada semua yang melihatnya.

Dalam kes di Lahad Datu, Sabah yang bermula pada pertengahan Februari 2013, hakikat yang perlu kita terima ialah wartawan sememangnya tidak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian. Tak banyak gambar atau mungkin sukar sekali gambar apa yang berlaku di Lahad Datu dapat disiarkan dalam mana-mana media termasuk media sosial.

Justeru, agak pelik apabila ada media termasuk media sosial di Facebook cukup cepat upload gambar-gambar kononnya itu adalah gambar di Lahad Datu.

Mereka adalah tentera MNLF bukanlah tentera Sulu dan gambar-gambar ini bukanlah di Lahad Datu.

lagi gambar MNLF

Ini merupakan gambar di Selatan Thailand dan tidak kena mengena langsung dengan  tragedi di  Lahad Datu.

ni juga gambar di Patikul, Sulu ketika mereka mempunyai krisis dengan Abu Sayaff.

Ini pula gambar Kabir Malik di Patikul, Sulu pada 14 Januari 2013 dan bukan di Lahad Datu.

Gambar ini merupakan gambar pejuang Pattani yang ditembak mati dalam pertempuran  di Selatan Pattani. 
Kepada warga alam maya, siasat dulu kesahihan gambar. Jangan kerana terlalu nak tahu, fitnah pula disebar. Dan jangan lupa untuk peduli soal ummah. Kalau tak, memang mudah ditipu. Kita hanya peduli bila dah jadi isu besar kat negara kita, tapi bila tak jadi krisis, isu semasa apapun kita buat tak tahu.

Takziah buat anggota keselamatan yang terkorban. Kepada mereka yang berwajib, amanah anda untuk jaga keselamatan rakyat termasuk menjaga keselamatan anggota keselamatan. Kalau himpunan 10,000 anda lawan, kenapa dengan 100 lebih orang (menurut laporan media) anda berlembut.

(gambar-gambar boleh dicari untuk kesahihahn kalau anda ragui)

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive