19 Mar 2013

Info - Antara yg palsu, replika & "look alike" ..

Lambakan telefon palsu dari China semakin ketara semenjak era Nokia N95. Tapi ramai juga pembeli berbangga dengan harga yg dibeli jauh lebih murah dari harga asal. Meskipun begitu keseronokan pembeli tidak kekal lama apabila peranti tersebut bermasalah dan ketika itulah macam2 masalah lain akan timbul. Selanjutnya akan dijelaskan mengapa peranti ciplak & palsu mempunyai banyak kelemahan berbanding kebaikan.

Naik ... ?





Firmware yg lembab & tiada sokongan selepas jualan
Antara masalah utama ialah ketidakseimbangan prestasi OS (operating system) atau firmware yg digunakan agak perlahan dan kurang responsive. Sokongan perisian pula tiada, sekiranya perlu membuat installasi semula OS atau reflashing , semasa inilah pengguna terkial2 mencari firmware update bagi tujuan menstabilkan sistem yg buggy dan lembab. Baharulah pembeli sedar rupanya tiada langsung cara membuat proses update kerana ketiadaan pihak pengeluar yg mahu bertanggungjawab.
Kualiti binaan yg agak hampeh
Masalah kedua ialah dari segi kualiti binaan pada keypad & papan kekunci berbunyi macam pintu ketat. Ada pula keadaan housing (perumah) yg longgar yg bila dipicit menghasilkan bunyi kreek atau creaking seolah2 sambungan pada sendi tidak berapa masuk atau padat. Skrin sentuh yg agak sensitif tidak tepat (misalignment) atau mempunyai kejelasan visual yg malap.
Ada pula jenama yg tidak segan silu menciplak seakan2 jenama pada model asal. Tanpa segan silu logo jenama berubah kepada NOKLA, SUNY MOBILE, XDERIA & SUNSANG .... \o/

erm .. "Nokla" ...


ni ialah Somy Xderia


.. Ini pula "Sunsamg"

fuiyo.. 0_0


Mutasi atau revolusi ?
Di China dasar terbuka & inovasi pengeluaran tanpa batasan telah menyebabkan terlalu banyak gajet  dikeluarkan menggunakan acuan plastik (plastic moulding) yg lebih kurang sama fizikalnya, walaubagaimanapun kualiti binaan sistem dalaman agak dipertikaikan seperti kualiti rendah papan litar bersepadu (IC), bahan soldering yg selekeh dan wayar yg berselirat

....sebagai gambaran

Sesetengah pengeluar menjual dalam bentuk kombinasi yg agak luar biasa dan adakalanya menarik. Produk dibawah datang dengan bentuk pengecas (charger) yg menarik.


Sciphone G2 datang dengan pengecas buntut"Android"


Rekabentuk PSP Go , keluaran asal Sony tiada pula fungsi telefon

Pengarang mengingatkan objektif utama membeli telefon pintar / tablet Android bukan kerana casing (sarung) yg lawa atau bentuk pengecas (charger) yg luar biasa. Kerana, aksesori tidak memerlukan belanja besar & boleh dibeli kemudian. Apakah berbaloi dengan prestasi telefon walaupun rekabentuk yg canggih tetapi kualiti binaan yg agak longgar dan tidak padat ?
Antara yang jujur dan penipu
Agak mudah mengesan yg jenama yg diubah seakan sama nama tetapi dengan nama yg lain. Pembeli haruslah selidik dahulu jenama & logo sebelum merancang pembelian supaya  mengetahui kandungan dan aksesori yg dapat semasa pembelian.
Bagi produk buatan China seperti Ainol, Onda, Teclast, Ramos sudah lama bertapak dalam industri gajet MP3/ MP5. Di China jenama ini yg boleh dipercayai dan mempunyai produk inovatif sendiri. Kualiti binaan juga lebih baik dari produk tanpa jenama atau yg palsu. Jenama ini berdiri dengan rekabentuk dan jenama sendiri sehingga diiktiraf oleh Google sebagai produk murah yg berkualiti. 
Tetapi ada pengeluar yg tidak bertanggungjawab  meniru bulat2 jenama sehingga pemborong mengambil kesempatan menjual telefon palsu sebagai original. Ini amat sukar dikesan walaupun pembeli mengetahui kewujudan jenama yg dibeli. Pembeli hanya menyedari selepas beberapa hari menggunakan telefon selepas merasakan prestasi yg agak lembab atau kehilangan fungsi penting seperti wifi & GPS. Dengan antaramuka & ikon yg sama pengguna yg tidak pernah menggunakan telefon akhirnya tertipu.

Original di sebelah kiri , palsu di sebelah kanan, 


Berikut antara spesifikasi yg meragukan dan mesti diberi perhatian sebelum & semasa membeli telefon.

Penggunaan terma "Replika" , "Clone" , "look alike"  dan  "1:1 copy" 
Mesti ada yg terperasan jualan di internet seperti di lelong & mudah.my ada meletakkan terma ini didalam deskripsi item yg dijual. Terma ini menunjukkan jika item "berjenama" dijual , ia adalah bukan asli;
Contoh 
"Nokia N8 look alike "  
"Sony Ericsson replica" 
 "Samsung Galaxy Note 1:1 clone"  

perhatikan terma ini semasa berurusan dalam talian.

Kebolehan Dual Simcard
Kebolehan menggunakan dua kad Sim serentak. Tidak banyak pengeluar berjenama mengeluarkan fungsi Dual Sim, walaupun ada jumlahnya agak kecil dan model yg tertentu sahaja. Ruang simpanan kad Sim bole hdilihat pada ruang batteri Fungsi ini juga akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri bagi membolehkan kedua2 kad Sim dalam keadaan standby .

Mempunyai panel kecil skrin sentuh
Terdapat susunan ikon aneh pada bahagian bawah skrin, lebih hebat lagi dibekalkan pen stylus yg boleh disimpan di bahagian tepi telefon. Walaubagaimanapun fungsi ini semakin jarang digunakan sekarang kerana kos pengeluaran panel skrin semakin murah.

panel sentuh dengan ikon yg pelik


Fungsi TV & Antenna
Satu lagi kehebatan telefon dari China ialah fungsi TV yg menggunakan Antenna yg boleh ditarik dari tepi. Ini membolehkan penerimaan gelombang UHF & VHF sama seperti menonton Televisyen analog. Secara jujur pengarang melihat ini adalah satu kelebihan pengeluar China yg mengambil kira akses hiburan bergerak dimana sahaja, dan wajar dicontohi oleh pengeluar jenama popular semasa.

holiao..

Kuasa CPU & chipset
Kebanyakan produk murah menggunakan chipset yg berkos rendah, ini memberi kesan pada prestasi dan kelancaran Android. Banyak pengeluar dari China lebih menggunakan Mediatek (MTK), MIPS, Amlogic & Allwinner kerana kosnya lebih murah. Pembeli perlu mengenalpasti chipset & model CPU digunakan supaya lebih tinggi keserasiannya (compatibile) dengan aplikasi di Google Playstore. Dulu pernah timbul masalah pengguna tablet MIPS tidak dapat menggunakan program Google. (sekarang dah boleh). Mediatek dahulunya terkenal dengan pembangunan chip GPS, tetap masih "terlalu muda" bagi sistem Android.





Tiada manual pengguna lengkap
Kebanyakan model yg dijual dari China tidak mempunyai manual dalam Bahasa Inggeris. Adapun yg menggunakan slanga Engrish yg berterabur susah difahami dan tidak mempunyai arahan yg lengkap kegunaan bahagian & butang pada peranti yg dibeli. Sila berhati-hati jika manual terlalu banyak kesalahan ejaan
teruk benar ..



Warna model yg tidak wujud 
Model asli Galaxy S3 datang dengan 2 jenis pilihan warna. Jika ia mempunyai warna selain dari model asal ia berkemungkinan palsu
iphone edisi tahun baru cina ...


Berikut adalah corak penipuan yg agak sukar dikesan bagi pengguna, dan memerlukan kajian lanjut serta pengalaman 

IMEI yg meragukan
Setiap telefon didaftar dengan no pengenalan diri yg disebut IMEI -International Mobile Equipment Identity, ini boleh diumpamakan sebagai no "kad pengenalan" yg berbeza pada setiap unit pengeluaran. IMEI boleh dilihat menerusi tetapan sistem Android, pada bahagian belakang bateri (perlu dibuka) dan yg paling mudah ialah menekan dialer *#06# . 
Pastikan no IMEI ini cukup 15 digit dan sama pada kotak yg dijual. . Terdapat pengeluar telefon palsu sengaja menggunakan IMEI yg sama pada beberapa model atau dikeluarkan ratus atau ribu lagi dengan IMEI sama. Penipuan no IMEI boleh menyebabkan peranti tidak berfungsi dan boleh didakwa di mahkamah.

Bacaan lanjut



Percanggahan OS dari model asal
Terdapat model yg dijual menggunakan sistem operasi yg berlainan dari model asal.  Sebagai contoh; "Nokia Lumia with Android ", jelas ini ialah satu penipuan kerana jenama asal Nokia tidak mengeluarkan model Android. Jangan pula berasa bangga kerana keunikan spesifikasi tersebut kerana ia tidak membantu apa jika berlaku masalah sistem kelak.

Lumia + Android = wow




Launcher yg berlainan
Fungsi tambahan Launcher pada peranti palsu juga berbeza dari peranti asal. Contohnya, model palsu Galaxy S tiada TouchWiz (launcher khas dari Samsung), ia cuma kosmetik yg dibuat2 kononnya berfungsi sepenuhnya seperti model asal. Begitu juga model ciplak HTC yg tiada HTC Sense, jikalau ada pun ia mungkin perhiasan widget yg boleh dimuat turun dari Google Playstore. Pada model asal HTC, Sense ialah launcher yg sangat kompleks dengan dengan animasi yg menarik. Kelancaran Launcher dan complexity inilah yg membeza samada peranti berikut palsu atau asli. 

Samsung TouchWiz pada model Galaxy S II

Kekeliruan antara muka & sistem operasi.
Ada pula peranti yg dijual seakan2 sama seperti antaramuka diubah sistem dalamannya kepada versi yg lain. Sebagai contoh "Galeksiu Noted Android 2.3 ICS theme"  menurut iklan;  Galaxy Note edisi ciplak dengan Android 2.3 tetapi menggunakan tema (theme) Ice Cream Sandwhich. Pada pendangan pembeli mereka menjangka "Galeksiu Noted" menggunakan OS ICS terkini walhal ia cuma diubahsuai dengan ikon & tema sahaja.

Kecelaruan Font Type, Ikon & masalah tatabahasa.
Disebabkan banyak replika palsu berasal dari China, pengeluar biasa menggunakan Font Type jenis Big5, Font ini  boleh memaparkan font rumi tetapi ia kurang menarik kerana mempunyai kerawang (Sans) yg agak kelihatan klasik dan tidak sesuai. Mereka menggunakan Google Translation tanpa suntingan dan susunan bahasa yg betul dan terdapat kesalahan ejaan 


Perhatikan font type & saiz yg tidak seragam


Sebelum membeli arahkan jurujual memaparkan sistem operasi (OS) dan versi dan membuat demonstrasi kemampuan OS & model tersebut terlebih dahulu. Untuk menguji kesahihan Android 4.0 ICS, minta jurujual membuat demo menggunakan Google Chrome, kerana Chrome hanya berfungsi dengan sistem ICS. Jika tuntutan tidak dilayan, jangan beli pada jurujual yg kurang memeberi kerjasam atau sombong dengan pelanggan, kalau dibeli juga pengguna akan bermasalah mendapatkan kerjasama khidmat selepas jualan.

Artikel ini akan dikemaskini dari masa kesemasa

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive