15 Mar 2013

Kebenaran tentang SD pertama PI Bala




Izinkan saya mulai dari awal. Ini kisah yang panjang, jadi tolong bersabar. M Puravalen (atau Valen, seperti dikenali oleh rakan-rakannya) dan saya belajar undang-undang bersama-sama, di Inns of Court, London, pada 1980-81.

Saya mempunyai hubungan lama dan panjang dengan Valen sejak 33 tahun lalu. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa sepanjang tempoh itu yang membolehkan saya mengesyaki sesuatu, sebaliknya adalah seorang anggota dalam bidang undang-undang yang berwibawa dan berterus terang.

Saya diperkenalkan dengan bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau PI Bala dan ASP Suresh oleh Valen di restoran (Fogles untuk lebih tepat) di Plaza Damansara di Sri Hartamas pada suatu tempoh di April 2008. Ada lagi yagg hadir, dan mereka boleh mengesahkan perkara ini.

Valen bertemu Bala dua tahun sebelumnya, ketika Valen terlibat mewakili Razak Baginda (sebelum Razak ditahan). Bala dan Razak sebenarnya berada di pejabat Valen pada jam 7.30 pagi pada hari Razak ditahan.

Ini apabila Razak menerima SMS daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyebut "Saya akan bertemu IGP pada 11.00 pagi... akan diselesaikan... stay cool" atau perkataan lain yang membawa maksud sebegitu. Razak tunjukkan SMS itu kepada kedua-dua Bala dan Valen dan memaklumkan ia daripada Najib.

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive