15 Mar 2013

Mahasiswa tolak BN depan PWTC.



Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak) dengan kira-kira 30 penyokong mula berkumpul kira-kira pukul 11. 45 pagi tadi sambil membawa sepanduk antaranya 'Anak Muda Tolak BN' serta Selamatkan Royalti Minyak Kelantan 'R'.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa dan anak muda hari ini berkumpul secara aman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi menyatakan bantahan terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).
Memperkenalkan diri mereka sebagai Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak), kira-kira 30 penyokong mula berkumpul di hadapan bangunan Umno di PWTC kira-kira pukul 11. 45 pagi tadi sambil membawa sepanduk antaranya ‘Anak Muda Tolak BN’ serta Selamatkan Royalti Minyak Kelantan ‘R’.
Antara badan bukan kerajaan (NGO) dalam Tolak adalah Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Gabungangan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK), Royalti Mahasiswa serta Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Lepasan Mesir (Ilmam).

“Kemuncak matlamat gabungan ini adalah untuk memastikan Umno-BN tidak lagi menguasai kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13),” kata Pengerusi Tolak Mohd Azan Safar.
Menurut Mohd Azan, gabungan itu juga akan menggerakkan tenaga bersama rakyat dan anak muda lain untuk memberi dan menambahkan tekanan kepada BN difasa akhir sebelum PRU13.
Katanya, Tolak juga akan membuat beberapa pendedahan berkenaan kelemahan, kegagalan dan ketidakadilan BN semasa mentadbir negara.
“Penglibatan mereka dengan pelbagai skandal rasuah dan jenayah tersebar luas…rakyat semakin cerdik membuat penilaian semasa PRU nanti,” katanya.
Turut mengetuai himpunan, Pengerusi Majlis Politik Nasional Ahmad Afis Zulkipli serta Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) Lai Khang Wei.
Kumpulan itu akhirnya bersurai dengan aman kira-kira 10 minit kemudian selepas diberi kata dua oleh pegawai keselamatan PWTC.

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive