6 Mar 2013

MENGAPA PARABOLA DIHARAMKAN DI MALAYSIA

Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.

“Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ‘Very Small Aparture Terminal’ atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).
Anggota Parlimen tersebut bertanya mengenai penggunaan cakera parabola yang masih tidak dibenarkan kerajaan sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan.
Salang memberitahu dewan penggunaan cakera parabola dibenarkan hanya bagi tujuan pendidikan jarak jauh dan korporat untuk acara tertentu.

Timbalan menteri itu menolak andaian Abdul Ghafur dalam soalan tambahannya bahawa penggunaan cakera parabola tidak dibenarkan kerana kerajaan ingin menjaga kepentingan syarikat televisyen berbayar ASTRO.
“Sekatan penggunaan cakera parabola bukan kerana mahu menjaga ASTRO disebabkan undang-undang sekatan sudah pun ada sebelum ASTRO, malah ini adalah fakta yang tidak boleh diragui oleh mana-mana pihak”, katanya.
Kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang bertanya mengenai tahap keselamatan data dan maklumat bagi pengguna telefon pintar Blackberry, Salang berkata pengguna alat tersebut termasuk bagi pegawai kerajaan perlu dijaga dengan menghad penggunaannya kepada komunikasi tidak sensitif atau yang tidak melibatkan rahsia kerajaan.
Katanya, walaupun tahap keselamatan menerusi penggunaan Blackberry diawasi ketat pihak pengeluar, Research In Motion (RIM) dan tidak mungkin dapat diakses dengan mudah oleh pihak lain, namun pengguna perlu menitik beratkan aspek keselamatan dalam berkomunikasi.
“Pengguna Blackberry perlu sentiasa berwaspada kerana setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan masing-masing serta rahsia tidak dapat dijamin sepenuhnya,” katanya.

P/S: Admin dah lama nak buang astro nih.. dah la mahal, pastu time hujan boleh x de siaran. sekarang admin duk kumpul duit nak beli skybox, sume ade.. x de la nak bayar tapi x leh tengok pula.. 

Update 9/2/2015 memandagkan ramai yang berminat, sila pergi ke pautan ini untuk mendapatkan maklumat dan tawaran di sini http://on.fb.me/1vcdRR6

14 comments

Sayidah Nafisah Ruslan 8 March 2013 at 23:32

Salam hafiz.. berkenaan dengan nuffnang tu, awak dah try hantar ticket ke nuffnang ke? maybe dia tak perasaan kewujudan blog awak ni. dan satu lagi, kalau boleh letak iklan nuffnang ikut yang telah ditetapkan susunannya.. insya allah boleh dapat :)

Muhamad Hafiz Fadzil 9 March 2013 at 06:37

Terima Kasih Sayidah Nafisah atas info yang diberikan.. saya akan cuba hantar tiket ke nuffnang. :)

Faizol Dee 22 March 2013 at 07:32

klu leh guna camna astro nk untung besar...

Muhamad Hafiz Fadzil 22 March 2013 at 19:49

Faizol Dee, kita x perlu mencari kesusahan jika ada alternatifnya... astro sememangnya teruk, kalau ada filem, mesti ulang bende yang same... bila hujan x leh tengok tapi harga tetap sama... kalau guna parabola dengan encik sss, belia charge 250 besrta dengan pemasangan dan tambah 35 untuk astrox... seumur hidup tu... hahaha

Muhammad Syafiq 5 December 2013 at 06:20

wah..hafiz..mcm best jer..na bli jugak.. email aq : aqsyafiq@gmail.com

mohd safuan izham 17 April 2014 at 06:45

Hafiz email saya : safuanizham@gmail.com

azri idrus 12 June 2014 at 17:34

askum mcm best je bunyi,my email, azriidrus91@gmail.com

cup_chai 23 June 2014 at 20:01

Tolong email kat saya sekali T'kasih. amlijamat@gmail.com

Laziatul Farida Mohd Fauzi 26 November 2014 at 08:39

email sy jugak...saya mangsa bill yang tinggi dri astro.. muhammadmuslim007@gmail.com

Aisar Talha 12 January 2015 at 16:34

email sy juga.. aisartalha@gmail.com

chewan 19 January 2015 at 03:57

Me too... zoro_utp@yahoo.com

zahidin 22 January 2015 at 03:14

nk jugak nidihaz@gmail.com

man 1 February 2015 at 21:51

email sy juga.. gymboss55@gmail.com

hani 3 February 2015 at 04:29

perkataan HARAM mcm tak kena..tp kalau TIDAK SAH/TIDAK BERDAFTAR begitu rasanya..

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive