18 Mar 2013

Zikir Zindagi: Alunan Zikir Ala Bollywood Dari Ustaz Haslin



Sebut saja nama Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, sudah pasti ramai anak muda kenal. Dan kini, populariti Ustaz Bollywood pula semakin meningkat kerana pendekatannya yang unik.
Sinonim dengan panggilan Ustaz Bollywood, nama Ustaz Haslin Baharim bukan lagi asing dalam persada dakwah tanahair. Bapa kepada tujuh orang anak ini merupakan panelis rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Al Kulliyah TV3, Wanita Hari Ini TV3, Radio Kedah FM, Mutiara FM, Selangor FM dan juga Radio 24 BERNAMA FM.

Popularitinya juga tidak hanya terhad di corong - corong radio atau kaca televisyen, malahan rakaman video ceramah - ceramah yang dimuat naik di saluran You Tube juga berjaya meraih ratusan ribu jumlah tontonan.

Atas faktor itulah, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya, UNIC Records, telah menjalin kerjasama bersama Ustaz Haslin untuk menghasilkan album zikir sulung beliau.

Album Zikir Zindagi merupakan hadiah Ustaz Haslin kepada orang ramai bagi memudahkan mereka mengingati, memuji, mengagungkan keesaan dan kebesaran Allah s.w.t dengan caranya yang tersendiri. Tambahan lagi, album ini juga turut menampilkan zikir – zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar.
Umpama irama dan lagu, beliau yang merupakan lulusan Universiti Islam Abu Bakr Karachi, Pakistan, tampak begitu versatil sekali apabila alunan zikir serta doa yang dipersembahkan cukup merdu dan mendayu - dayu melalui melodi dan lenggok yang seakan – akan penyanyi Hindustan.

Zikir Zindagi memuatkan 19 buah track zikir munajat, doa serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan cara penyampaian yang berbeza dengan album-album zikir lain. Semua kandungan album ini dialunkan kepada para pendengar dengan lenggok berlagu dan bermelodi hindi selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan.

Selain itu, kelunakan vokal mantap Ustaz Haslin sendiri jelas kedengaran melalui zikir hits seperti Jago-Jago (urdu) dan Siru Fi Himallah. Cara penyampaian yang bersahaja tetapi penuh bersemangat diselangi pula dengan dendangan zikir berlagu cukup membuatkan album ini unik.

Dapatkan album Zikir Zindagi dipasaran bermula Februari 2013 dengan harga RM19.90. Album ini boleh dibeli secara online melalui laman UNIC.MY. Sebarang pertanyaan atau tempahan awal album, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian 03 – 6186 4300 atau emelkan kepada order@unic.my.

sumber: Nur Atilia Mansor (UNIC RECORDS)

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive