26 May 2013

Bangkai Tikus Dalam Roti.



LONDON: Seorang lelaki hampir termuntah apabila mendapati ada bangkai tikus melekat pada sebuku roti disediakan untuk anak-anaknya, semalam.

Bapa kepada empat anak, Stephen Forse, berkata roti itu dibeli di pasar raya Tesco di kawasan kediamannya di Kidlington, Oxfordshire.Kata Forse, 41, dia sempat memakan beberapa keping roti itu sebelum ternampak bangkai tikus berkenaan.

“Saya jadi semakin loya apabila pegawai kesihatan yang memeriksa roti itu berkata, dia tidak menemui ekor bangkai tikus berkenaan yang mungkin sudah saya telan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarga Forse sakit. Manakala pengeluar roti, Premier Foods didenda sebanyak RM82,376 kerana gagal mengekalkan standard kebersihan di kilang mereka di Mitcham, selatan London.

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive