27 May 2013

Jom Jana 20USD Dalam Seminit!

20USD dalam seminit! Entri pada kali ini ialah berkaitan dengan trade forex yang aku kongsikan tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja membuka akaun micro dengan kadar 20USD pada pertengahan bulan April yang lepas. Terkini akaun aku 41USD!



profit 32 pips!
profit 32 pips!

Trade forex sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tetapi haruslah menepati cara dan teknik yang betul. Aku kini masih mempelajari teknik trade forex yang betul dengan menggunakan ebook daripada Forex Sebenar. Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar.

Forex trading ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main kerana ia melibatkan wang kita sendiri. Oleh itu, mempelajari sebelum mencuba sesuatu yang mencabar seperti ini memerlukan  pengetahuan yang betul sebelum mengorak langkah.

Tersilap langkah membawa padah!

Inilah ungkapan yang paling sesuai dalam dunia forex. Market sentiasa bergerak dengan laju terutama sekali pada tarikh tertentu. Semuanya ada diterangkan dalam Ebook tersebut tentang tarikh yang sesuai untuk melakukan trade.

Perkara yang paling penting sekali dalam forex ialah dari segi money management. Pada aku, kewangan harus dijaga dengan teliti dan jangan sesekali over trade. Perkara ini biasanya berlaku apabila market bergerak dengan laju sebab sesetengah orang ingin 'cepat kaya' dengan over trade dengan saiz yang besar.
Lost 20USD dalam seminit!

Lost 20USD dalam seminit!
(klik gambar untuk paparan jelas)

Inilah akibatnya kalau money management tidak dijaga dengan betul. Ya! Aku melakukan trade pada ketika market sedang bergerak laju dan entah macamana aku terfikir untuk melanggar money management aku tu dengan alasan :

Buka sekejap dengan saiz yang besar dan tutup dalam beberapa minit untuk memastikan profit, tak kisah la berapa pips pun. Dengan saiz yang besar, 1pips pun boleh jadi lumayan.

Aku menggunakan teknik yang betul yang diajar pada ebook tersebut tetapi ini adalah kesilapan aku sendiri yang melanggar disiplin pengurusan wang sendiri. Padan muka aku! haha. Nasib baik baki ada lagi 21USD lagi. 

Secara ringkasnya aku meletakkan stop loss 50 pips tetapi apabila aku sedang mengalami loss 20 pips, akaun aku terus tertutup kerana modal aku yang hanya 20USD ketika itu. Tetapi selepas 25pips loss, harga terus melambung tinggi dan aku duduk tercengang depan laptop, 20USD aku hilang dalam masa seminit!

Di mana siap aku? Modal aku sebenarnya tidak cukup besar untuk membeli pips pada saiz yang besar dan secara automatiknya akaun aku tertutup apabila aku loss 20pips yang ketika itu bersamaan dengan 20USD aku tu.

Teringin nak dapatkan teknik trade forex yang betul? Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar. Sahabat blogger aku, ThaqibZaki kini mula menjana profit tak terkalah!
Aku datang, ini pasti menjadi pengajaran yang paling berguna aku yang sangat berguna pada aku untuk lebih berdisiplin dalam melakukan trade. Teknik yang berkesan tetapi kesilapan sendiri tidak menjaga money management membawa padah! 20 USD=RM66 dalam seminit! Banyak tuu.

http://www.broblogger.net/2013/05/20usd-dalam-seminit.html#ixzz2UYn777wp

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive