24 May 2013

Kerajaan wajar mengumumkan penurunan harga kereta!

  http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2013/04/Harga-Kereta-Turun-Manifesto-BN.jpg
 
Kuala Lumpur: Kerajaan wajar mengumumkan mekanisme penurunan harga kereta dalam masa terdekat bagi mengelak kekeliruan dan spekulasi.

Setiausaha Kehormat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Nadzir Sheikh Fadzir, berkata pasaran automotif kini mengalami penyusutan kerana pembeli bersikap tunggu dan lihat apabila menjangkakan penurunan ketara harga kereta.
Perkembangan kurang memberangsangkan sejak empat bulan kebelakangan ini katanya, menjejaskan perniagaan lebih 240 ahli persatuan berkenaan.


Kerajaan harus segera mengumumkan prospek penurunan harga kereta sama ada menerusi duti eksais atau sebaliknya.

Ia perlu supaya tidak timbul masalah pelaksanaan proses berkenaan, katanya semalam.

Manifesto ditepati

Akhbar semalam melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengkaji dan menyemak Dasar Automotif Negara (DAN) melalui program tindakan berkaitan untuk menurunkan harga kereta.
Katanya, ia sejajar saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu ditepati bagi menjamin kehendak dan kebajikan rakyat.

Di Kota Kinabalu, Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) menyokong sepenuhnya usul itu dan berharap pelaksanaan segera dapat dilakukan.

Presiden CAPS, James Bagah berkata, ia bagi membantu masyarakat berpendapatan rendah termasuk golongan muda membeli kereta pada harga berpatutan.
sumber : http://www.bharian.com.my

Bagaimana untuk menepati janji jika selalu menipu! 

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive