25 May 2013

RESIPI : SAMBAL GESEK


 Selamat Pagi... Hari Nie ADMIN Nak Bagi Resipi Turun Temurun Dari Atok, Mak Sehinggalah Turun Ke ADMIN Sebagai Penambah Selera (Sampingan) Buat Geng2 Bujang Macam ADMIN Serta Surirumah Khas Untuk Ahli KBBUTV3 Sebagai Menu Sampingan Makan Tengahari Kita Bersama. Menu Nie Glamer Kat Johor (Maklumlah Mak ADMIN Orang Johor)... ::.kikiki.::

Selalu, Penambah Selera Kita Adalah Sambal Belacan. Apa Kata Hari Ini Kita Tukar & Try Test Cuba Resepi Ini Pula. Resipi Ini Bergelar (Sambal GESEK @ TOTOK)....Menu Ini Setiap Hari Mesti Wajib Menjadi Hidangan ADMIN Sekeluarga Bahkan Sehinggalah ADMIN Merantau Dan Duduk Di Rumah Bujang, Menu Ini Tetap Ada Bila Tibanya Waktu Makan...

Jom Kita Buat Sambal GESEK @ TOTOK Hari Ini. Rasanya, Boleh Pengsan Wooo (Sedap Sangat) Sebab Bila Makan, Ianya Rangup & Pedas Hingga Terangkat... Kalau Korang Dah Cuba Nanti, Leh Ceritakan Bagaimana Rasanya Di Sini Kelak... Selamat Mencuba!!! ::.kikiki.::

RESIPI : SAMBAL GESEK KBBUTV3 KIKIKI

Bahan-Bahannya :

30 Tangkai Ikan Bilis (Dibuang Isi Dalam)
10 Tangkai Lada Kecik
2 Ulas Bawang Kecik
Setengah Sudu Teh Garam, Gula Dan Ajinomoto
Minyak Untuk Menggoreng

Cara-Caranya :

Panaskan Minyak
Gorengkan Lada Kecik (1 Minit Sahaja) Kemudian Angkat
Gorengkan Ikan Bilis Sehingga Garing Kemudian Angkat
Gorengkan Bawang Kecik Kemudian Angkat

Akhir Sekali :

Masukkan Ketiga-Tiga Bahan Ini Ke Dalam Lesung Batu, Masukkan Garam, Gula & Ajinomoto Kemudian Tumbuk Sehingga Lumat (Sambal Ini "Kering" Kerana Lada Kecil Yang Tumbuk Ini Tidak Akan Mengeluarkan Air Akibat DIgoreng Tadi. So, Takyah Pakai Cermin Mata Ketika Menumbuknya).. Setelah Siap Sepenuhnya, Hidangkan...

#Sambal GESEK @ TOTOK Nie Tak Pernah Di Jual Di Mana-Mana Kedai Makan Di Malaysia Tau. Sebab Ianya "TERPELIHARA"... Sopo Wong Jowo, Meh Mampir!!! ::.kikiki.::


0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive