25 May 2013

"Saya Tak Gila", Bobo!

SIAPA tidak kenal dengan Bobo? Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.

Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.

Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.

Sebelum itu, terdapat juga video parodi Bobo, Kisah Hati.

Menerusi Zass, Bobo menganggap tuduhan seperti itu adalah perkara biasa di alam siber. Malah dia sedia menerima apa juga kritikan selepas ini.

“Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik Jahat yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman

“Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya,” katanya yang turut popular menerusi aksi parodi Diamond (Rihanna),

Akui teruja menyertai produksi milik tauke terkenal, David Teo, Bobo berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sulungnya, ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya’.



“Walaupun hanya muncul dalam dua babak sahaja kerana saya masih baru dalam dunia lakonan.

“Lagipun saya lebih menumpukan kepada video parodi buat masa ini,” kata Bobo yang berlakon di samping Erin Malek dalam filem itu. – SINAR HARIAN

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive