25 May 2013

Tips Mengambil Hati Isteri!

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.



Tips mengambil hati isteri;

Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.

Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.

Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Tips yang sangat mudah tapi berkesan.

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive