15 Jun 2013

Assange Puji Pembocor Maklumat CIA

Sebilangan besar penduduk Amerika Syarikat menyokong program kerajaan menjejak penggunaan telefon bagi merekod dan cuba memantau aktiviti berkaitan keganasan, menurut tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Washington Post - Pew Research Center kelmarin.



Meskipun kebimbangan berhubung perisikan AS ini selepas pendedahan oleh pekerja kontrak kerajaan Edward Snowden ke atas pemantauan trafik laman sesawang pengguna dan rekod telefon warga AS, penduduk negara itu masih selesa walaupun privasi mereka berkurangan demi kepentingan keselamatan negara.

(Baca: Bekas Ejen CIA Di Buru Samseng Kerana Bocorkan Rahsia Pengintipan AS)

Secara keseluruhannya, 56 peratus penduduk Amerika memberitahu pembuat tinjauan bahawa mereka masih "menerima" langkah diambil Agensi Keselamatan Negara (NSA) untuk akses keatas rekod telefon jutaan penduduk negara itu menerusi arahan rahsia mahkamah berbanding 41 peratus yang menyebut tidak bersetuju atas usaha itu.

Snowden, 29, yang berada di Hong Kong, tempat yang ada perjanjian ekstradisi dengan Amerika Syarikat dan bekas anggota CIA itu juga bekerjasama dengan akhbar Guardian yang berpangkalan di Britain apabila mendedahkan identiti dirinya atas permintaan sendiri.

Pihak berkuasa enggan membincangkan sama ada Washington merancang untuk meminta ekstradisi Snowden.

Assange puji tindakan pembocor maklumat CIA


Sementara itu, pengasas WikiLeaks, Julian Assange kelmarin menggelar Edward Snowden sebagai seorang "Wira" dan turut menyatakan ada menghubungi bekas kakitangan CIA itu secara tidak langsung selepas pendedahan program pemantauan Amerika Syarikat.

"Edward Snowden adalah seorang wira yang memberitahu orang ramai mengenai salah satu kejadian paling serius dekad ini mengenai formulai menggerunkan penjejakan besar-besaran negara", katanya kepada Sky News.

Assange berkata dia dan beberapa wartawan lain dan pembebas sivil merungut mengenai rahsia pengintipan internet sejak sekian lama.

"Jadi ini sangat melegakan selepas melihat bukti konkrit seperti ini didedahkan kepada orang awam".

-SP

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive