14 Jun 2013

Baru Darjah 6 Kena Tangkap Isap Dadah..menangis

KUANTAN - Seorang murid lelaki Tahun Enam antara 22 individu yang ditahan pihak polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Kuantan.

Murid sekolah rendah itu ditahan bersama penagih lain di sebuah bengkel besi dekat Gudang Rasau di sini dalam operasi pukul 6 petang kelmarin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata murid itu disahkan positif dadah jenis pil kuda.

"Murid itu juga mengaku menghisap rokok sejak awal usia sembilan tahun," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bengkel itu dipercayai menjadi tempat kanak-kanak itu dan penagih lain berkumpul bagi melepaskan gian, katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baki 21 penagih lain berusia 20 hingga 30 tahun itu pula ditahan  mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta memasukkan dadah dalam badan. - Bernama

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive