28 Jun 2013

Forex HALAL VS Forex HARAM

Dewasa ini, pelbagai cara untuk membuat duit melalui internet diantaranya ialah Buat duit dari rumah, ChurpChurp, 8share, Murahnya, forex dsb. Namun saya ingin mengonsikan artikel tentang Permasalahan Forex dalam Islam.

Definisi Forex

Apa Itu Forex?
Tukaran Matawang) untuk pemahaman yang paling mudah bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia FOREX adalah seperti berikut:
Forex merupakan dagangan matawang asing di antara sebuah  negara dengan negara lain. Pada masa ini, Forex merupakan pasaran terbesar di dunia, iaitu dengan dagangan mata wang berjumlah lebih dari $3 TRILLION sehari.

Pasaran Forex tidak mempunyai tempat dagangan khusus seperti New York Stock Exchange (NYSE), atau Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). Sebaliknya forex ini melibatkan ‘dagangan antara bank (interbank)’ di mana bank-bank menjalankan dagangan antara satu sama lain tanpa lokasi khusus.



Mengapa Forex HARAM?
 
Tentu ramai yang masih pelik kenapa forex dikatakan haram dalam islam? kenapa? 
 
BACA Majlis Fatwa Kebangsaan menyataakan Bahawa Forex adalah haram dalam islam.
Apakah dalil dan nas alquran yang menyatakan bahawa forex itu haram? wallahualam.
 
Pandangan Forex oleh Ustaz Sobri...

Dalam perniagaan samada online atau offline, target utama seseorang itu adalah untuk mendapat profit atau keuntungan lagi banyak lagi bagus. Kadang-kadang dek kerana keghairahan untuk memaximumkan keuntungan ramai antara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan utama penilaian serta kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada membuat kebajikan.

Dalam menentukan halal dan haram sesuatu perkara bukan hanya dengan congakan dan agak-agak saja. Sejak akhir-akhir ini pelbagai bentuk perniagaan dan peluang pendapatan muncul dalam bentuk online antaranya hyip, autosurf, matrix sistem, forex dan sebagainya. Dalam usaha untuk memberi pandangan terhadap sesuatu sistem baru maka 'alim 'ulamak terpaksa membuat kajian terhadap nas-nas umum dari al-quran dan hadis serta melihat apakah ada di sana sebab kiasan yang boleh disandarkan untuk menetapkan sesuatu hukum.

Saya ringkaskan dahulu supaya mudah difahami.
Forex adalah suatu perniagaan berbentuk pertukaran nilai sesuatu mata wang dengan mata wang yang lain. Nilai sesuatu mata wang bertukar menjadi tinggi dan rendah atas beberapa faktor termasuk ekonomi, politik dam kestabilan sesebuah negara. Kecanggihan dunia IT dan telekomunikasi hari ini menjadikan perniagaan mata wang adalah yang tersibuk didunia. Sebab itu kadang-kadang dalam masa beberapa saat saja nilainya boleh berubah dan memberi kesan untung/rugi kepada pedagang/trader.

Beberapa perkara perlu dilihat sebagai asas penilaian kita terhadap forex:

1. Akad. Dalam islam akad jual beli perlu antara kedua-dua pihak. Bentuk persetujuan ini sebaiknya melalui lafaz antara keduanya. Walaubagaimanapun dengan perkembangan hari ini bebrapa pendekatan yang diharuskan dalam Islam sebagai tanda persetujuan seperti penerimaan resit dan no id payment yang menunjukkan pengesahan berlakunya akad jual beli antara kedua pihak. Dalam forex ini secara asasnya semasa sell/buy telah berlakunya akad jual beli ( real time ) seperti yang terpapar kat akuan info dalam bentuk no id payment. Maknanya sudah berlaku jual beli disitu dan tidak ada keraguan lagi ianya adalah real time dalam perniagaan pertukaran mata wang ini. Adapun sell dulu adalah merupakan istilah saja. Sebenarnya sell juga bermakna kita membeli tapi pada nilai harga yang rendah untuk kita jual nanti bila berlaku kenaikan nilai mata wang tersebut.

2. Berkaitan keuntungan yang diperolehi dikategorikan sebagai riba nasiah ( disebabkan penangguhan ). Kat forex ni keuntungannya bukan disebabkan oleh penangguhan tetapi disebabkan oleh perubahan nilai. Riba nasiah bermaksud anda memberi pinjaman kepada seseorang dan orang tersebut perlu membayar balik dalam tempoh tertentu dengan ada penambahan beberapa persen atas kadar pinjaman tersebut seperti yang berlaku dikebanyakkan bank di Malaysia hari ni. Jadi hujah menyatakan forex ini adalah haram kerana ada unsur riba nasiah yg berpunca kerana penangguhan adalah tidak tepat.

3. Berbalik kepada open pending nak disamakan dengan seperti membeli ikan di air atas alasan suatu yang tak pasti adalah juga kurang tepat. Open pending stop/limit adalah seperti kita mem'booking' pada price tersebut kerana kita ingin membeli diwaktu tersebut. Maknanya ianya hanya tempahan dan jual beli yang sebenarnya berlaku ketika touch price tersebut barulah kita akan mendapat id payment dalam akaun kita menunjukkan tika dan saat itu sudah berjalan jual beli tersebut.

4. Berkaitan kenyataan yang menyatakan pendapat fatwa majlis agama Islam negeri Perak dibawah pimpinan Datok Harussani hanya pada forex yang ada panel syarak saja. Rasanya pendapat itu perlu diperhaluskan. Secara asasnya tidak ada dalil atau nas yang menyatakan bahawa perlu ada panel syarak barulah sesuatu perniagaan itu sah dan halal. Tidak ada. Dalam Islam ada 2 asas utama untuk menentukan sesuatu muamalah atau perniagaan itu sah. Pertama tidak melanggar syarak dan kedua niat yang ikhlas. Di Malaysia terbentuknya panel syarak adalah desakan daripada rakyat untuk memastikan setiap urusan perniagaan perlu diawasi supaya menepati syarak. Berkaitan forex ni platform kebanyakkannya adalah orang barat mana nak ada panel syarak. Kalau macam tu kita tak boleh niaga langsung dengan orang barat sebab mereka tak ada panel syarak. Bukan niat untuk mempermudahkan sesuatu perkara. Tanggungjawab kita sebelum berurusan dengan orang samada Islam atau belum Islam ialah memastikan apa yang kita nak berurusan tu adalah tidak melanggar syarak. Kalau ada di sana panel syarak bagi syarikat tersebut lebih baik dan kalau tidak ada bukan bermakna tak boleh, cuma teliti dulu. Saya rasa cukup dulu untuk kali ini.
 
Pendapat Orang Ramai.

FOREX HARAM?
ramai yang mengatakan yang forex ni haram..
ada juga yang kata harus..

PENDAPAT SAYA.
kalau persoalkan tentang hukum halal dan haram
mari kita lihat pada soalan di bawah ni..

1.Bila kita beli kereta,biarpun CCM atau CASH..saya nak
tanya korang la..ada tak bank ambil interest?
ada bukan?interest dan swap..mana lebih dekat kepada riba?
interest bukan?so halal ke urusniaga tu?

2.Bank-bank kat malaysia ni,walaupun simpanan
di bank..kita akan dapat interest bukan?so interest tu halal ke?

3.bila kita keluarkan duit daripada atm bank lain,berapa jumlah interest yang kena charge?Rm1.00 bukan?bukankah itu interest?
seperti maybank.selepas 4 kali pengeluaran dalam tempoh sebulan,kita akan di charge 0.50sen interest bukan?

4.bila kita berniaga,pasti ke duit yang kita dapat tu halal?
adakah kita tahu pembeli kita tu bawa duit yang halal?
manalah tahu ianya daripada penjual **** ke,duit judi ke,pelacur ke...tahukah anda?

5.jangan jauh-jauh,kerajaan ambil cukai tahunan...
cukai harta,cukai tanah..interest juga tu...

6.berhutang juga haram betul tak?sebabnya..riba juga tu
biarpun anda pinjam dengan bank,tetap juga kena interest..

sy sokong juga hasnan5 2,pd sy byk lagi pkara yg betul2 haram dh sah dlm Alquran masih berlegar dinegara kita..namun tindakannya?mmm..forex ni msih ada selisih pdpat lgi ... wallahualam
 
Pandangan saya
pandangan saya tidak berkitn dengan forex tetapi saya hanya ingin memberi pendapat bahawa kebanyakan negara akan memabanteras kegiatan pengubahan wang secara haram atau lebih dikenali sebagai tiada lesen dalam urusan itu,seperti yang kita lihat sebelum ini, liberty reserve telah ditutup kerana mengubah wang dengan banyak secara haram KLIK & BACA

Memang benar LR (lIBERTY RESERVE) tempat untuk penjenayah melakukan transaksi untuk membeli dan menjual senjata api sehingga Berbillion-bilion USD...
 
Tetapi tahukah anda, disebalik penutupan LR
Sebenarnya LR tidak memberikan keuntungan sedikit pun kepada US Goverment. Sebab itu mereka ingin terminate LR untuk kepentingan mereka sendiri. Semua duit yang bernilai ratus,ribu,juta,billion DIBEKUKAN! Kemanaperginya wang itu? Anda fikirkanlah sendiri.

P/S: Ramai dah orang jadi kaya raya dengan forex ni, tak perlu kerje dengan majikan, duk rumah, duit masuk, boleh beli keter, umah, yang tu bank negara jeles tu x dapat $$ keuntungan kat die.. Cuba kalau org tu buat forex berbillion2.. jangan mimpilah nak tranfer ke malaysia tanpa sekatan apa... jwbnye duk us la...

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive