23 Jun 2013

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya-raya?

Membaca berita dibawah menyebabkan saya selalu terfikir, dimana tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyatnya ketika mereka dalam kesusahan. Negara kita bukannya miskin, projek juta-juta malah berbilion-bilion!

Ramai juga rakyat negara ini yang tinggal dalam rumah buruk! Ada anak-anak yang tercicir dalam persekolahan kerana tiada wang untuk berbelanja!

YB kita juga sangatlah kaya-raya, siapa yang berani nak nafikan!? Mungkin jawapan terbaik yang mereka boleh berikan ialah, sila berjumpa dengan jabatan itu dan ini untuk memohon bantuan!

“Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.



Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.

Tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Jessica dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, namun ia perlu mengambil kira kesalahan itu yang dilihat serius dan sering berlaku dalam masyarakat akhir-akhir ini.

“Sebagai bekas tentera, kamu tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu dan selepas mengambil kira rayuan kamu, hukuman penjara tiga bulan dilihat setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga pekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh masuk ke premis berkenaan dan menuju ke bahagian menjual susu tepung.

Tertuduh kemudian dilihat mengambil sebungkus susu tepung dan memasukkannya dalam sebuah beg silang dipakai sebelum keluar tanpa membuat pembayaran.

Curiga dengan gelagat tertuduh, pengadu menahan tertuduh di pintu depan pasar raya itu dan hasil pemeriksaan menemui sebungkus susu tepung disorokkan di dalam beg dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

-Hmetro

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive