26 Jun 2013

'Pulangkan Abu Mayat Anak Saya'

Seorang wanita dari utara California yang kediamannya dirompak merayu kepada perompak agar memulangkan hanya satu barangan, iaitu sebuah bekas perak mengandungi abu mayat bayinya.


Gambar hiasan

The Contra Costa Times melaporkan kediaman Michiko Koyoi di sini dipecah masuk dan diselongkar semalam. Polis masih menyiasat kejadian rompakan itu.

Antara barangan yang hilang ialah pasu berbentuk hati yang mengandungi abu anak lelakinya yang mati ketika dilahirkan pada Januari lalu. Nama dan tarikh kematian bayi itu turut ditulis pada bekas itu.

Michiko, 35, yang mempunyai tiga lagi anak menggesa perompak agar memulangkan bekas berkenaan, mengatakan mereka boleh menyimpan semua barangan lain. Bayi yang meninggal dunia itu didiagnos dengan sindrom down dan masalah tulang belakang ketika dalam kandungan.

-AP

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive