28 Jun 2013

Rompak RM20, Kena Penjara 7 Tahun 4 Sebatan

Mohd Anuar dipenjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
[SH] KUALA TERENGGANU - Walaupun tidak berbaloi dengan ‘hasil’ rompakannya iaitu cuma RM20, namun seorang buruh terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau, April lalu.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Anuar Jusoh, 33, mengaku bersalah merompak mangsa, Maria Md Hussin, 30.
Mohd Anuar mengaku melakukan rompakan bersenjata dengan melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi beg duit; kad pengenalan dan lesen memandu; beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); peralatan solek; wang tunai RM20 dan sebuah telefon bimbit.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan itu di bilik sewa tingkat 3, Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 4.15 petang, 9 April lalu.
Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Anuar merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa sudah insaf dan perlu menyara ahli keluarganya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di rumah sewanya ternampak Mohd Anuar di luar biliknya lalu bertanya mengenai kehadirannya di kawasan rumah sewa itu.
Mohd Anuar yang pada mulanya memberi alasan mahu berjumpa dengan kawannya tiba-tiba datang ke arah mangsa sambil mengacukan sebilah pisau dan meminta mangsa menyerahkan beg tangan.
Mangsa yang bimbang diapa-apakan berundur sebelum Mohd Anuar merampas beg tangan dan telefon bimbit di tangannya.
Bagaimanapun, dia ditahan orang ramai di luar bilik sewa mangsa selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan.
P/s: Menyesal pun tidak berguna!!!!

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive