17 Jun 2013

Sharifah Sakinah Mohon Maaf Muat Naik Video Berunsur Lucah

Melakar hidup sebagai seorang selebriti, Sharifah Sakinah memang tidak sunyi dari kontroversi. Apatah lagi beliau mula terkena tempias glamornya apabila dikatakan mencari ‘publisiti murah’ dengan memuat naik klip video (yang merupakan sebuah parody) di laman Keeknya bulan lalu.



Sejak itu, gadis berusia 24 tahun ini semakin menjadi-jadi memuat naik klip-klip video ‘nakal’ di laman Keeknya. Klip tersebut mendapat jolokan nama, ‘saya pakai spender merah, bra merah’ yang menyebabkan dirinya dikritik hebat oleh peminatnya.

“Saya akui yang ada segelintir peminat yang mula memandang serong pada saya. Tapi, ini hanyalah ujian pertama saya sejak menjadi seorang artis. Pengalaman ini mengajar saya menjadi seorang yang kuat dan tabah,” katanya ringkas.

Sakinah yang merupakan adik kepada bekas pelakon Datin Seri Sharifah Haslinda dan personaliti TV dan pelakon Sharifah Shahirah ini memang memiliki aura tersendiri. Muda, berani dan vokal.

“Saya bukan seorang hipokrit. Saya selesa menjadi siapa diri saya yang sebenar. Saya faham jika ramai ‘haters’ di kalangan peminat saya yang mengkritik saya hebat tapi, ini adalah diri saya. Saya memang seorang yang gila-gila dan happy-go-lucky,” katanya lagi.

Dikaitkan dengan hal-hal kontroversi, Sakinah tidak mahu terus di ekor kontroversi selamanya. Juga dia tak rela namanya tergolong dalam kelompok artis sensasi gara-gara putus cinta dan sebaliknya.

“Albab ada juga menasihati saya tentang liku-liku hidup selebriti. Keluarganya semua anak seni dan saya perczaya dia dapat membimbing saya secara positif,” katanya lagi.

Sebagai anak seni, kata Sakinah, dia mempunyai cita-cita besar dalam dunia hiburan. Impiannya hampir sama dengan impian banyak pelakon lain iaitu mencari seberapa banyak ruang untuk menonjolkan bakat dan kehebatan.

Paling utama, gadis lincah ini tidak mahu dikenali hanya sebagai pelakon yang popular kerana cerita hangat atau kontroversi, tetapi sebagai pelakon versatil dan berkaliber.

“Albab begitu memahami karakter saya yang begitu menonjol. Dan dia tahu yang saya suka berjenaka dan mengusik. Apatah lagi keluarga saya yang memang sudah masak dengan karakter gila-gila saya ini,” katanya.

Tambahnya, dia tidak langsung tergugat dengan kritikan yang diterima.

“I’m just having fun (saya hanya mahu bersuka ria),” katanya ringkas.

Sakinah yang memang rapat dengan ibu serta kakaknya berkata, ibunya turut menasihatinya untuk menjaga diri dan bersikap tabah.

Bercerita tentang video Keeknya yang menimbulkan kontroversi bulan lalu, Sakinah hanya ingin bergurau dengan rakan-rakan artis di lokasi penggambaran.

“Bila ianya dimuat naik di laman Keek seorang rakan artis, video tersebut mula tersebar luas dan mendapat kritikan hebat dari peminatnya.

“Percayalah, pengalaman ini membuatkan saya lebih berani dan tabah. Ini adalah ujian bagi diri saya semenjak menceburkan diri dalam dunia hiburan. Saya percaya yang selepas ini saya boleh menajdi lebih tabah menghadapi cabaran sebagai anak seni,” katanya.

[Sumber]

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive