15 Jun 2013

Suami Bekerja Isteri Main Asmara

Kepulangan seorang kontraktor untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal bertukar detik memeritkan apabila mendapati isterinya bermesra dengan seorang lelaki lain dalam rumah mereka di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, Ahad lalu.

Gambar hiasan

Difahamkan, kecewa dengan perbuatan curang isterinya yang berusia 24 tahun, lelaki berusia 36 tahun yang ketika kejadian sedang bekerja pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) meminta serbuan dilakukan bagi mencekup mereka.

Pegawai Jaim yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan jam 4.15 pagi kelmarin, mendapati tiga orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang lagi wanita berusia 30-an dan mereka ditahan untuk siasatan.

Kontraktor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Salman, mendakwa ketika keluar bekerja pada jam 8 pagi Ahad lalu, dia memberitahu isterinya tidak pulang kerana bertugas di luar kawasan.

“Dia (isteri) yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di negeri ini, biasanya mula bertugas jam 9 pagi hingga 11 malam.

-Hmetro

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive