17 Jun 2013

WTH! Lelaki Buat Laporan Polis Kerana Pelacur Yang Di Langgan Tidak Cantik

Seorang lelaki menghubungi talian 999 untuk mengadu pelacur yang dilanggan tidak secantik seperti didakwa selepas bertemu wanita itu di tempat letak kereta sebuah hotel.


Gambar hiasan

Pemanggil, yang kemudian diberi amaran kerana membazirkan masa polis, menghubungi pegawai untuk mengadu pekerja seks itu melanggar peraturan ketat menyatakan ‘barangan mesti memuaskan’ daripada segi kualiti.

Namun, pegawai di pusat panggilan di Solihull, Birmingham, membalas dengan memberitahu wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan menjelaskan perbuatan meminta khidmat seks adalah salah di sisi undang-undang.

Polis West Midlands mengesahkan dihubungi lelaki terbabit yang berkata dia mahu membuat aduan berdasarkan Akta Penjualan Barangan. Jurucakap pasukan polis, yang menghantar surat amaran kepada lelaki terbabit selepas itu, berkata:

“Panggilan 999 diterima oleh polis kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan petang baru-baru ini daripada lelaki yang mahu mengadu mengenai pekerja seks yang ditemui di tempat letak kereta hotel.

“Pemanggil menuduh wanita itu memberitahunya dirinya yang cantik tetapi kecewa apabila mendapati rupa sebenarnya berbeza menyebabkannya berhasrat membuat laporan kerana melanggar Akta Penjualan Barangan.

“Apabila dia membangkitkan isu itu dengan wanita berkenaan, pelacur itu dikatakan mengambil kunci keretanya, melarikannya dan membaling semula kepadanya yang memaksa dia menghubungi polis.”

Bagaimanapun, pegawai di pusat panggilan di Solihull memberitahu, wanita itu tidak membuat kesalahan dan meminta habuan seks yang salah.

-Bharian

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive