20 Jul 2013

31 Fakta Mengejutkan Tentang Artis dan Selebriti Korea I KPOP









1. Terdapat 3 management / agensi pengurusan besar di Korea iaitu JYP Entertainment, YG Entertainment, dan SM Entertainment.

 
2. Di Korea, menjadi artis bukanlah perkara yang mudah. Terdapat 2 perkara paling utama yang menentukan layak atau tidaknya seseorang itu untuk menjadi artis; iaitu SKILL dan PENAMPILAN. Tetapi, yang paling penting tentulah skill paling utama kerana bagi mereka penampilan boleh diubah dari semasa ke semasa.
 


3. Para 'bakal artis' biasanya dilatih bernyanyi, dance, vocal, lakonan, juga keserasian sesama rakan dan sesi latihan itu bukan sebulan dua, tetapi bertahun-tahun, bahkan ada yang sehingga 5 tahun lebih - sebelum akhirnya di'debut'kan menjadi penyanyi. Tentu saja sebelum menjadi trainee (bakal artis), mereka harus melewati 3 tahap audition.

 
4. Umur 'bakal artis' yang dicari biasanya di antara 12-17 tahun dengan waktu trainee yang panjang, tetapi sesuai dengan hasilnya.

 
5. Untuk para trainer semua keperluan ditanggung oleh pihak pengurusan, tetapi bila trainer tersebut sudah 'debut' (diperkenalkan menjadi artis) biasanya sistem pembahagian hasilnya kurang adil, lebih banyak ke pihak pengurusan, di mana perkiraannya adalah untuk mendapatkan semula kos tanggungan ketika mereka masih menjadi trainee.

 
6. Penyanyi korea yang masih muda-muda disebut IDOL disana

 
7. Idol Korea DILARANG bercinta oleh pihak pengurusan mereka kerana akan sangat membahayakan karier mereka. Sekiranya usia mereka sudah lebih dari 30 tahun, baru dibenarkan bercinta, itupun untuk pengurusan tertentu sahaja.

 
8. Group-group yang baru 'debut' disebut rookie group dan biasanya tidak terlalu diberi perhatian oleh orang Korea di sana

 
9. Rookie grup biasa 'debut' di acara music popular di korea, seperti MNet Countdown, Inkigayo, Music Bank, dan Music Core

 
10. Sekiranya sesuatu group/artis memenangi 3 award dari acara music yang popular tersebut, mereka disebut Triple Crown

 
11. Artis wajib mengikuti schedule yang sudah dibuat pihak pengurusan selama 24 jam seminggu. Disebabkan itu mereka harus tinggal di dorm / asrama khas.

 
12. Dikatakan wajah-wajah melayu susah untuk 'debut' di korea kerana orang Korea kurang suka muka Melayu (erk!)

 
13. Menjadi penyanyi adalah harapan hampir 80% orang tua di Korea, kerana kejayaannya pasti luar biasa.

 
14. Peminat/fans di Korea adalah sangat fanatik. Mereka rela menghabiskan wang untuk membeli CD, poster, dan barang-barang lainnya yang berhubungan dengan idol mereka

 
15. CD/Calendar/ dan merchandise KPOP lainnya adalah barang yang paling laris di Korea. Produk-produk seperti kosmetik, baju, dan lain-lain hanyalah produk sampingan.

 
16. Kebanyakan Korean fans cuma mempunyai 1 fandom / fanbase / fansclub, dan tidak lebih. Paling banyak 2-3, mereka konsisten. Kalau dari awal suka dengan satu group, sehingga bilapun tidak akan berubah, tetapi tetap ada pengecualian. Contohnya fandom awal mereka ELF (fans Super Junior), sehingga bilapun mereka ELF.. Kalau suka Shinee juga misalnya, mereka tidak akan menyebut diri mereka Shawol. Paling kurang sekadar suka mereka cuma nyebut diri mereka Shinee's fans atau SNSD's fans bukan fandom! fandom mereka cuma satu.

 
17. Disebabkan kesetiaan mereka itu, walaupun ada artis dihadapan mereka, mereka tidak akan peduli kalau itu bukan artis idola mereka. Begitu juga dengan K-Drama, mereka dikatakan cuma mahu menonton sekiranya watak pelakon itu datang daripada salah satu kpop grup kegemaran mereka. 
 

18. Penjualan album KPOP juga pasti melonjak kalau ada comeback. Biasanya 1 orang fans akan membeli lebih dari 5 CD KPOP yang sama. Alasannya? Kerana penjualan album kpop itu yang menentukan kedudukan kpop idol kegemaran mereka di carta seperti dosirak, soribada, dll. 
 

19. Di korea, tidak hanya anak muda yang suka k-pop, bahkan dari kalangan ahjumma / ibu-ibu.

 
20. Orang Korea sangat cinta dengan budaya mereka, dan artis-artis mereka dalam kesempatan yang ada diwajibkan mempromosikan apa sahaja tentang Korea, mulai dari makanan, tempat pelancongan, dll. 
 

21. Auditon di SM Entertainment menuntut Skill dan Fizikal. Sedangkan di JYP Entertainment selain 2 hal tersebut, nilai komersial juga ikut menentukan. 
 

22. Di korea terdapat pelbagai macam acara tv yang kreatif, dan disitu para artis di sana diminta menunjukkan kebolehannya (contoh acara tv korea: We Got Married, Strong Heart, Running Man, Invisible Youth, Star Golden Bell, dll)

23. Persaingan para idol di korea sangat kuat, disebabkan itu mereka sering berlumba di sana-sini agar tidak kalah saingan. Tidak kurang juga terdapat artis yang membunuh diri kerana tidak mampu bersaing dengan artis-artis lainnya.
 

24. SM, JYP, dan YG termasuk syarikat yang berpengaruh di Korea, kerana artis di bawah pengurusan mereka biasanya selalu berjaya, dan lonjakan saham mereka juga sedikit sebanyaknya mempengaruhi ekonomi korea.

 
25. Terdapat beberapa management yang mewajibkan artisnya tinggal di dorm/asrama kerana padatnya jadual mereka, kalau memang datang dari daerah jauh, mereka harus pindah ke seoul

 
26. Korean fans suka memberi hadiah bintang untuk artisnya kerana menurut mereka bintang itu abadi dan akan selalu diingat.

 
27. Korean fans tidak peduli idolnya melakukan pembedahan plastik atau tidak, menurut mereka yang penting bagaimana idolnya sekarang bukan dahulu!

 
28. YG Entertainment tidak peduli penampilan seseorang, yang terpenting skill bukan sekadar bagus namun harus luar biasa dan rajin. (Contoh : CL dan Minzy)

 
29. Perbandingan artis yang debut dan artis yang gagal disaat bersamaan adalah 1:10. Maksudnya jika hari ini ada 1 artis yang debut, bererti dis aat yang sama ada 10 artis yang gagal atau dikeluarkan dari pengurusannya.

 
30. Korean fans tidak ragu untuk mendermakan wang mereka dalam jumlah besar buat fandom mereka, maka fandom di sana kaya-kaya.

 
31. Fans korea adalah fans yang sangat posesif. Mereka paling tidak suka lihat artis idola mereka berdampingan / bahkan bercinta sama artis lain. Jika hal itu terjadi maka populariti artis dan pasangannya (yang juga artis) akan turun drastik. Selain itu mereka tidak akan berdiam diri, biasanya mereka akan menyerang artis mana saja yang berani mendekati artis idola mereka, tidak jarang mereka juga bergaduh secara fizikal. 


sumber: terselubung.blogspot

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive