31 Jul 2013

Polis Tahan Pembikin Klip Anjing Dan Hari Raya


SEGERA: Polis Tahan Pembikin Klip Anjing Dan Hari Raya

Wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing telah ditangkap polis dan ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.


Peguamnya Latheefa Koya berkata Maznah Mohd Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi untuk diambil keterangan. Saya juga tidak pasti berapa lama Maznah akan kekal dalam tahanan,” katanya.
Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz, dipercayai individu yang memuat naik video Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas di YouTube.
Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya. – BERNAMA

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive