28 Jul 2013

Samsung Mula Mengeluarkan RAM 3GB untuk Telefon Pintar

Pada hari Rabu yang lalu, pihak Samsung mengumumkan bahawa mereka telah mula menghasilkan ram setinggi 3GB secara besar-besaran untuk keluaran telefon pintar akan datang. Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, mereka juga mengumumkan mengenai dua telefon pintar pertama yang bakal mengunakan ram 3GB tersebut.

Samsung 3GB ram
Laporan sebelum ini menyatakan telefon pintar yang akan mengunakan ram 3GB ini adalah ‘flagship’ daripada syarikat Samsung sendiri iaitu Samsung Galaxy Note 3 yang akan diumumkan oleh pihak Samsung pada acara IFA 2013 di Berlin, September ini.

Selain itu, ura-ura mengatakan LG juga bakal mengunakan ram 3GB untuk telefon pintar mereka iaitu LG Optimus G2 yang akan dilancarakan hanya beberapa minggu sahaja lagi. Ram terbaru dari Samsung ini dikatakan lebih laju serta menyokong penuh sokongan LTE-A, dan menjimatkan ruang serta dapat membantu syarikat telefon pintar untuk menghasilkan bateri dengan kapasiti lebih besar.

Rujukan : AndroidAuthority

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive