23 Aug 2013

Gambar Mangsa Serangan Gas Beracun Di Syiria

Ketika dunia tertumpu kepada pergolakan di Mesir, Syria pula digegarkan dengan kejadian pembunuhan 'senyap' besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian. Ia merupakan insiden terburuk dalam sejarah kemanusiaan berhubung penggunaan senjata kimia dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama dua tahun di Syria.


Lebih menyedihkan, serangan dipercayai menggunakan gas saraf itu dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.


Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.

Rangkaian berita Shaam News Network, turut memaparkan gambar-gambar mayat mangsa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi yang ditempatkan di atas lantai bilik di sebuah hospital di Douma.

Keadaan semua mayat mangsa yang seolah-olah sedang nyenyak tidur tanpa titisan darah, menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka maut akibat terhidu bahan kimia.












source: independent.co.uk, utusan malaysia

17 Aug 2013

Inilah Yang Terjadi Apabila Anggota Polis KACAK Menjalankan Tugasnya (gambar)

Seorang anggota polis tampan menjadi sensasi perbincangan di China setelah dia menjadi pusat perhatian para pelajar, khususnya pelajar perempuan yang berebut-rebut untuk bergambar bersama dengannya. Gambar itu pula disebarkan di internet menyebabkan anggota polis itu secara tiba-tiba menjadi sensasi dunia maya di China.








Iklan Ubat Kuat di Malaysia Yang MEMALUKAN

Macam-macam cara orang guna untuk promote produk masing-masing...sampai ke tahap dah tak tahu malu dah. Ini antara beberapa iklan ubat kuat di Malaysia yang memang tak tahu malu..











Mengapa Orang CHINA Sangat Sukakan IKEA (gambar)

Ramai orang China tidak pernah membeli apa-apa di IKEA. Tetapi kebanyakan mereka datang ke gedung tersebut setiap pagi dan tinggal di sana sehinggalah ia ditutup pada waktu malam. Mereka menikmati penghawa dingin pada hari musim panas dan menggunakan perobot yang dipamerkan untuk tidur dengan selesa. Pihak keselamatan tidak mengganggu mereka kerana syarikat itu melihat orang-orang ini sebagai pelaburan masa depan. Mungkin suatu hari nanti mereka akan kembali lagi dan membeli sesuatu.











sumber: http://acidcow.com

Spesifikasi Penuh dan Harga Proton Suprima S

Baru sebentar tadi berakhir majlis pelancaran model terbaru Proton, Proton Suprima S yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, di Kuala Lumpur. Berikut spesifikasi penuh Proton Suprima S serta beberapa gambar sekitar majlis pelancarannya sebentar tadi:



Harga: 
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688 
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338  
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988 
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638


 Spesifikasi: (klik untuk besarkan imej)





Gambar sekitar pelancaran:






















sumber: paultan.org

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive