14 Aug 2013

Lindsay Lohan Terdesak Jual Baju Ketiadaan Wang

Pelakon bermasalah Lindsay Lohan dilaporkan terpaksa menjual pakaian berjenamanya untuk membayar segala bil dan cukai tertunggak.



Aktres berusia 26 tahun itu menghantar adiknya, Ali, 18, ke sebuah kedai pakaian vintaj di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk menjual pakaian yang cukup bernilai termasuklah kasut dan juga aksesori, lapor portal RadarOnline pada Jumaat.

Langkah drastik itu terpaksa dibuat Lindsay selepas akaun bank miliknya disekat oleh Perkhidmatan Hasil Dalaman (IRS).

Beliau berhutang sekitar $146,000 pound (RM715,207) dengan IRS pada tahun 2010 dan tidak membayar cukai serta bil pada tahun 2011 walaupun mendapat sumbangan daripada rakannya iaitu Charlie Sheen sebanyak $62,000 pound (RM303,719).

Dalam pada itu Ali yang berharap untuk mendapatkan wang yang banyak apabila dapat menjual pakaian itu amat-amat kecewa apabila harga yang ingin dibeli pemilik kedai berkenaan terlalu rendah.

Sumber yang mendedahkan perkara itu kepada RadarOnline turut berkata bahawa pihaknya mendengar Ali meraung ketika berunding mengenai nilai pakaian kakaknya itu.

“Apa? $30 dolar (RM60) untuk ini? Kosnya $700 (RM2,100). Memang tak masuk akal,” katanya

Ali dilaporkan kemudiannya cuba meyakinkan pemilik butik barangan berjenama itu bahawa pakaian tersebut digunakan Lindsay untuk majlis-majlis terkenal.

Selain isu terbaharu mengenai bil yang tidak dibayar, pada bulan lalu Lindsay telah didakwa kerana melakukan serangan dalam satu perbalahan di kelab malam di New York.

Dia juga telah dituduh berdusta kepada polis dengan mengatakan dia tidak berada di tempat duduk bahagian pemandu semasa kereta jenis Porsche miliknya terlibat dengan kemalangan pada bulan Jun lalu.

-Mstar

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive