16 Aug 2013

RM360,000 Di Buang Dalam Pembuangan Sampah

Seorang pekerja di pusat pelupusan sampah di Jepun menemui wang bernilai lebih RM360,000 dalam longgokan bahan buangan, kata polis semalam.



Jurucakap polis Asaminami di Hiroshima berkata, wang berkenaan tidak terjejas selepas melalui mesin pengisar sampah.

“Pekerja terbabit juga menemui kira-kira 2,300 cebisan wang kertas yang musnah akibat dikisar mesin berkenaan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kemudahan di pusat pelupusan sampah itu memproses bahan buangan seperti almari dan tilam - yang tidak boleh dipungut kenderaan pembuang sampah biasa. “Polis percaya pemilik wang itu mungkin terlupa wang berkenaan apabila membuang perabot berkenan.

“Polis juga menolak kemungkinan ada unsur jenayah berkaitan penemuan wang ini,” katanya.

-AFP

P/S: Agak-agak korang la, kalau korang jumpe duit, nak ke bagi kat polis??? hehehe 

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive