15 Aug 2013

Rosak Akidah dan Jangan percaya pada kayu kokka, kata mufti Perlis.



KANGAR:  Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa tongkat kayu kokka mempunyai pelbagai khasiat.

http://4.bp.blogspot.com/-3odzqpteQkU/TlNAD9PXjFI/AAAAAAAAD9o/hmMv8vA7w-I/s320/maza.jpg

Beliau berkata kempen membeli sambil menderma tongkat kayu kokka oleh pihak tertentu yang mendakwa kayu itu mempunyai pelbagai khasiat seperti dimakbulkan hajat, keselamatan dan memajukan perniagaan itu jelas menyeleweng.

"Kempen yang dibuat pihak penjual tongkat kayu kokka itu jelas menyeleweng daripada hakikat Islam kerana tiada dalil yang sahih mengenai mukjizat kayu itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas iklan perniagaan mendakwa tongkat kayu kokka yang mereka jual adalah dari jenis kayu tongkat nabi Allah Musa dan ia boleh digunakan sebagai 1001 ikhtiar daripada sudut keselamatan kediaman, harta benda dan keselamatan diri serta keluarga.

Tongkat itu ditawarkan pada harga istimewa RM950 setiap satu dan sebanyak RM500 daripadanya akan disumbangkan kepada mana-mana masjid atau surau.

http://202.67.224.135/pdimage/19/1469819_kokamesir.jpg

Dr Mohd Asri berkata mempercayai kayu itu sebagai mempunyai mukjizat adalah khurafat dan membawa kepada syirik. BERNAMA

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive