14 Aug 2013

Wanita-wanita Terkenal Yang Menjadi Korban Kerana Cinta

"Atas Nama Cinta" mungkin ungkapan yang tepat buat mereka. Atas nama cinta mereka berjumpa, atas nama cinta pula mereka berpisah. Dunia memang terlalu kejam!


Gambar hiasan

Ketika revolusi tampil sebagai pemenang, mereka menjadi korban revolusi itu sendiri. Revolusi menjadikan mereka terluka dan binasa.

Berikut adalah 5 wanita terkenal yang terkorban secara tragis kerana pengkhianatan, revolusi dan cinta!

Cleopatra


Gelarannya adalah Cleopatra VII Philopator. Dia adalah ratu Mesir kuno, keturunan terakhir dinasti Ptolemy. Walaupun ramai ratu Mesir lain yang menggunakan nama ini, dialah yang dikenali dengan nama Cleopatra, dan semua pendahulunya yang menggunakan gelaran yang sama, dilupakan. Cleopatra membunuh diri sewaktu Augustus dari Rom menaiki takhta dan menyerang Mesir.

Cleopatra membunuh diri dengan memasukkan tangannya sendiri kedalam keranjang yang penuh dengan ular berbisa setelah mendengar kematian kekasihnya, Mark Anthony.

Marie Antoniette


Maria Antonia Josepha Johanna von Habsburg-Lothringen, lebih dikenali sebagai Marie Antoinette adalah Ratu Perancis dan Puteri Bangsawan dari Austria. Beliau adalah anak kepada Maharaja Empayar Rom, Francis I dan isterinya Ratu Maria Theresa dari Austria dan setelah itu dia berkahwin dengan Louis XVI pada umur 14 tahun.

Kerana kedudukannya sebagai isteri kepada Louis XVI, dia menemui ajalnya di pisau guillotine semasa Revolusi Perancis pada tahun 1793. Kepalanya dipertontonkan di hadapan rakyat Perancis (Paris) yang bersorak gembira dengan hukumannya.

Tsarina Alexandra Feodorovna


Alexandra Feodorovna adalah isteri Tsar Nikolas II, Maharaja terakhir Rusia. Beliau dilahirkan pada 6 Jun 1872 dengan nama "Puteri Alix Viktoria Helena Luise Beatrice dari Hesse dan Rhine" dan merupakan anak keenam dari tujuh orang beradik. Beliau berkahwin di usia yang cukup tua pada zamannya, selepas menolak pinangan Albert Victor, seorang bangsawan dari Clarence walaupun mendapat tekanan hebat dari keluarganya.

Dia enggan berkahwin kerana jatuh cinta kepada Nikolas. Pada mulanya, hubungannya dengan Nikolas mendapat tentangan dari keluarganya kerana hubungan darah mereka yang dekat, dari susur galur moyang yang sama. Semasa Perang Dunia I, keluarganya menjalani tahanan rumah untuk masa yang lama selepas dijatuhkan oleh pasukan Bolshevik.

Setelah dipindahkan selama beberapa kali dan tidak mempunyai akses kepada dunia luar sama sekali, dia, suami dan anaknya dibunuh oleh polis rahsia Bolshevik pada 17 Julai 1918. Pada 17 Julai 1998, rangka seluruh keluarganya dibawa ke Katedral Santo Petrus di St. Petersburg, 80 tahun selepas kematian mereka.

Eva Braun


Eva Anna Paula Braun (lahir di Munchen, 6 Februari 1912 meninggal di Berlin, 30 April 1945 pada umur 33 tahun) adalah perempuan simpanan dan selama satu hari dan satu malam, isteri Adolf Hitler. Eva Braun lahir di Munchen, Jerman dan berjumpa dengan Adolf Hitler pada tahun 1930 pada usia 17.

Ketika itu, Eva adalah pembantu seorang jurugambar Hitler. Pada 1936 beliau menjadi kekasih Hitler. Pada 29 April 1945, ketika Tentera Merah Soviet sudah berada di bandar Berlin, beliau berkahwin dengan Hitler. Sehari kemudian mereka membunuh diri di sebuah bunker di Berlin dan jasad mereka dibakar selepas itu.

Clara Petacci


Clara Petacci atau Claretta Petacci adalah seorang perempuan muda Rom yang lahir di Giulino di Mezzegra Como dari sebuah keluarga kelas atasan. Petacci adalah perempuan simpanan Benito Mussolini. Ayahnya adalah doktor peribadi paus.

Clara 29 tahun lebih muda daripada Mussolini. Ketika Clara mula menjalinkan hubungannya dengan Mussolini, pada 1932, dia telah bersuamikan seorang kapten tentera udara, Riccardo Federici. Mereka berpisah pada 1936.

Ketika Mussolini ditangkap pada April 1945, Petacci ditawarkan peluang untuk melarikan diri, namun dia menolak dan cuba untuk melindungi Mussolini dengan tubuhnya. Setelah Petacci ditembak, Mussolini pun kemudian ditembak.

Hari berikutnya, pada 29 April 1945, di Piazzale Loreto di Milan, mayat Mussolini, Petacci dan empat orang lain digantung terbalik di sebuah pam petrol Esso.

Petacci dihormati di Itali, bukan kerana politik, tetapi sebagai wanita yang jatuh cinta dan menolak untuk meninggalkannya dalam masa susah. [Sumber]

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive