28 Sep 2013

Lagu Lagenda Budak Hostel (LBH) Lirik & Download MP3

http://cdnmy.com/film/1152.jpg&size=250x333

Tentu korang yang dah tengok citer ni mesti nak taw tajuk lagu n nak muat turun free kan? skroll kebawah untuk dengar dan muat turun.
-
-
-
-
-
-
-


Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri

Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

PUTERI SEROJA... - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/lirik-lagu-seroja-search.html#.UkbKwieo0dZ

Lirik Seroja

Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri

Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

PUTERI SEROJA...
Download MP3
SERVER 1
SERVER 2

Semoga Anda terhibur... :)

23 Sep 2013

DAMPAK LEAKED DOWNLOAD FULL MOVIE

DAMPAK
TAYANGAN: 19 September 2013
PELAKON: Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans

 SINOPSIS FILEM DAMPAK 

Misi mencari Afran yang hilang merupakan titik permulaan pengembaraan Idrus bersama adik-beradik angkatnya iaitu Giran, Hana dan Qyra untuk menyelidik sejarah Tok Long yang dirahsiakan. Kecacatan dan parut pada muka Tok Long merupakan dorongan utama untuk kesemua anak-anak angkatnya membalas dendam, tetapi Tok Long sentiasa menghalang dengan keras hasrat mereka itu tanpa memberi alasan yang jelas. Tatu merah yang ada pada pergelangan tangan Tok Long juga menjadikan dorongan mereka untuk terus curiga. Perasaan ingin membalas dendam untuk Tok Long terus membara, tambahan pula dengan ilmu mempertahan diri yang penuh di dada, yang diturunkan sendiri oleh ayah angkat mereka.



Kesempatan untuk meninggalkan kampung demi misi mencari Afran disalahgunakan oleh kesemua adik-beradik angkat itu. Selepas menjumpai Afran di awal misi, mereka meneruskan penjelajahan untuk menyelidik sejarah Tok Long. Pertembungan dengan Botak merupakan titik peralihan utama kepada pengembaraan mereka. Perkataan ‘Lambang Merah’ yang terkeluar daripada mulut botak semasa dia dipukul oleh orang-orang Man menarik perhatian Idrus dan adik-beradiknya. Akhirnya, Idrus dan adik beradik-angkatnya itu berjaya menyelamatkan Botak dan sebagai ganjaran, Botak menyediakan tempat tinggal dan kabel pekerjaan. Botak membawa mereka ke Joni Hitam.



Joni Hitam merupakan orang kanan yang berpengaruh, yang berkhidmat dibawah payungan sebuah kumpulan gelap yang masyhur bernama Lambang Merah. Aksi daripada Girandan Afran sudah cukup untuk meyakinkan Joni Hitam untuk mengambil kesemua adik-beradik angkat itu berada dibawah naungannya. Idrus terus bersetuju demi matlamat utamanya iaitu untuk mengbongkar rahsia yang terbenam di dada Tok Long. Akibat potensi dan kerja tangan mereka, mereka akhirnya dihadapkan ke Tiger Lang iaitu Kepala kumpulan Lambang Merah. Tiger Lang mempelawa untuk terus duduk dibawah payungannya, mereka juga akan diberikan kemewahan yang tidak mungkin mereka dapat ditempat lain. Idrus mula berasa was-was akan kumpulan itu kerana dikhuatiri dapat menyesatkan mereka, tetapi demi matlamat utamanya, dia tetap bersetuju. Tambahan pula dengan desakan keras daripada Giran yang semakin gilakan harta dan sudah mula lali dengan persekitaran yang gelap. Jauh didalam hati Idrus, dia sudah dapat merasakan bahang akibat mengingkari arahan Tok Long tetapi tetap meneruskan pengembaraannya demi hati yang curiga. Tetapi, apa yang dirancang Idrus tidak menjadi. Akibat ditaburi kemewahan dan bergelumang dengan kejahatan, misi utama Idrus kelihatan semakin kelam kerana mereka semua sudah mulai lalai. Ternyata kerja-kerja haram dan gelap mampu mengaburi mata manusia. Ternyata cinta mampu membutakan perjalanan. Yang disangka teman, rupanya bukan.


Demi kemewahan, mereka juga sanggup berbunuhan. Cinta dan dusta tidak dapat mereka bezakan kerana memilih kehidupan yang sedemikian. Hubungan diantara adik-beradik itu juga mula bergolak. Pengembaraan untuk mencari rahsia Tok Long terus pudar. Persoalan yang timbul bukan sahaja kemampuan mereka untuk membongkar rahsia Tok long, tetapi mampukah mereka kembali bersatu. 


SAKSIKAN

DAMPAK




Tonton Online
Full
Download 
Part 1 | Part 2

dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,dampak full movie online , dampak full movie  hack , dampak full movie stream , dampak full movie free , dampak full movie today , dampak full movie youtube , dampak full movie download ,

20 Sep 2013

Kisah Sedih Seorang Isteri Yang Menyentuh Hati

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”.


Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya.

“Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.

Akhirnya, terlepas juga beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut.

“Mengapa bang? Apa salah saya?”.

Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya.

Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai.

Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri.

Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. 

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi.

Pada saya memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu. 

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”.

Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja. 

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan. 

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. 

Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. 

Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi. 

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. 

Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya. Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepatlah dukung ibu keluar”. 

Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, aku eratkan rangkulanku. Dapat aku rasakan badannya sangat ringan. 

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata; “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. 

Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. 

Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”. 

Muka Tasya berubah merah. Tapi aku berkata juga,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. 

Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar. Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. 

Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”. 

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. 

Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. 

Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang. 

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. 

Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. 

Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita. 

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. 

Binalah kemanisan rumah tangga anda. 

Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Sumber: Facebook

*Terima kasih untuk Fanny Harroy yang sudi berkongsi artikel ini. Walaupun mungkin sekadar rekaan, namun pengajaran yang tekandung boleh di dijadikan panduan di dalam kehidupan kita yang sebenar.

-Sentiasapanas.com

Islamofobia Di Amerika Syarikat Selepas Tragedi 11 September

Jika anda ke Chicago, Amerika Syarikat (AS), nasib anda untuk bertemu pemandu teksi beragama Islam sangat tinggi. Berdasarkan pengalaman peribadi menaiki pengangkutan awam itu sebanyak dua kali pada tahun 2010, kedua-duanya menemukan penulis dengan pemandu berketurunan Arab beragama Islam.


"Assalammualaikum rakan muslimku, gembira bertemu anda di sini," ramah menyapa, ikhlas berbicara, itu ungkapan pertama lelaki berusia lingkungan 30-an itu saat penulis duduk di dalam teksinya.

Paling menyenangkan apabila dia menolak bayaran tambang. Katanya: "Awak ibarat adik saya sendiri dan kita sesama saudara Islam mesti menolong satu sama lain."

Pekerti seluhur itu dialami sendiri penulis. Takjub dan terkesan bertambah apabila melintasi sekumpulan lelaki muslim yang sedang solat berjemaah di satu sudut terpencil di stesen kereta api utama Chicago, Union Station.

Tanpa sejadah, dahi mereka mencium lantai sejuk. Tiada juga surau atau ruang khas untuk mereka beribadat. Tempat itu diwujudkan mereka sendiri demi melunaskan tuntutan agama.

Melihatkan situasi-situasi sebegitu, terdetik di fikiran, benarkah orang Islam di AS mengalami penindasan dahsyat terutamanya selepas peristiwa hitam, 11 September 2001 yang meranapkan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York?

Paling menghairankan, biarpun AS kerap meletakkan Islam dalam konteks negatif, populasi rakyat mereka yang memeluk Islam semakin meningkat.

Ahli keluarga mangsa tragedi 11 September 2001 
masih meratapi kehilangan keluarga masing-masing.

Berdasarkan statistik Bancian Agama AS, selepas tragedi 11 September, angka umat Islam di negara itu melonjak kepada 6.1 juta pada tahun 2010 berbanding 2 juta pada tahun 2000. Jumlah itu kini dijangka hampir mencecah 7 juta.

Benar, pengganas daripada kumpulan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama bin Laden dipertanggungjawabkan atas serangan 12 tahun lalu. Fakta juga mendedahkan, kesemua ahli kumpulan itu merupakan muslim ekstremis yang cuba menggoyah keamanan sejagat lantas mengorbankan hampir 3,000 nyawa yang tidak bersalah.

Itu pengumuman rasmi AS kepada dunia. Malah media arus perdana mereka rancak mencanang kekejaman pengganas Islam. Secara halus, mereka telah menanam kebencian warga AS terhadap umat Islam di negara itu.

Selepas lebih sedekad bencana itu, diskriminasi ke atas umat Islam di AS masih berlarutan. Seorang gadis yang ditemui di San Francisco berkongsi cerita bersama sebuah portal berita, The Daily Beast tentang kepahitannya dibesarkan sebagai wanita Muslim di Amerika.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Fatima kini berusia 17 tahun, seorang warganegara AS, namun sering ditafsir sebagai imigran di negara sendiri.

"Saya berusia 5 tahun ketika tragedi 11 September, jadi banyak perkara saya tidak ingat. Namun saya mula mengalami diskriminasi agama seawal umur lapan tahun. Waktu itu saya pergi ke taman tema bersama keluarga. Tiba-tiba seorang lelaki menjerit ke arah kami menyuruh kami pulang ke negara asal," kongsi Fatima.

Kejadian sebegitu kemudiannya berulang sepanjang Fatima membesar. Kulitnya yang gelap, tudung yang membaluti kepala ibunya dan nama Islamnya dijadikan bahan jenaka dalam kalangan rakan-rakan di sekolah. Setiap cercaan ditelan Fatima penuh sabar.

"Ibu bapa saya lebih sakit hati apabila mendapat tahu saya dipanggil dengan pelbagai gelaran hina termasuk pengganas ketika di bangku sekolah menengah rendah dan ia bertambah teruk selepas serangan bom di maraton Boston pada bulan April lalu," ujarnya tenang.

Seorang lagi mangsa diskriminasi agama di AS, Salma, 25, merupakan graduan Universiti California yang kini bekerja di sebuah firma pemasaran di Los Angeles (LA). Baginya, peranan media dalam tempoh lebih sedekad lalu merupakan penyumbang utama kepada penciptaan watak antagonis dirinya pada pandangan masyarakat.

Gambar hiasan.

"Sebagai seorang muslimah, saya wajib memakai tudung dan hal ini menarik perhatian umum. Ketika membeli-belah, orang sekeliling merenung saya dan kadangkala mereka bertanya, mengapa saya menyokong penindasan Islam ke atas wanita?

"Kami (wanita muslim) bergelut melawan kebencian Amerika terhadap Islam dan individu yang bertudung. Kami dilihat sebagai golongan anti-Amerika hanya kerana kami beragama Islam.

"Terlalu banyak tuduhan yang mengatakan saya salah seorang daripada ahli Al-Qaeda dan pengganas ketika di bangku sekolah dulu. Dua kali saya ditolak oleh pelajar lelaki di dalam kelas dan tanpa rasa bersalah mereka katakan bukankah itu (kezaliman) yang dipraktikkan dalam Islam?

"Situasi sebegini sangat menekan saya dan sehingga kini saya masih cuba memahami dan menerima erti hidup sebagai Muslim di AS," luah Salma kecewa.

SEJAK tahun 2003, Jabatan Polis New York mengintip masjid yang diasaskan pengasas Yayasan Persatuan Islam Bay Ridge di New York, Zein Rimawi, 59, (tengah) untuk memastikan sama ada ia mempunyai hubungan dengan pengganas Islam.

Kecewa dengan prejudis masyarakat terhadap komuniti muslim, ada segelintir umat Islam di AS mengambil langkah drastik menukar agama gara-gara mahu diterima secara sama rata.

Selepas lebih sedekad tragedi 11 September menyaksikan muslim Amerika ditindas dalam sistem perundangan, polisi dan keutamaan. Seluruh komuniti itu hidup terbuang di negara sendiri. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa kesan daripada tragedi itu telah meletakkan umat Islam sebagai mangsa prejudis baharu seperti yang dialami Amerika Latin, orang asli dan Afrika Amerika pada masa dulu.

Tambah mengejutkan apabila Jabatan Polis New York (NYPD) secara rahsia melabelkan seluruh masjid sebagai organisasi keganasan. Berita yang disiarkan agensi berita Associated Press pada 28 Ogos lalu itu mendedahkan, di bawah sistem tersebut, polis boleh memasang mata-mata bagi merakam ceramah dan mengintip golongan imam tanpa memerlukan bukti jenayah.

Ia sekali gus memberi erti bahawa sesiapa sahaja yang hadir untuk beribadat di mana-mana masjid berpotensi menjadi subjek siasatan dan diawasi secara menyeluruh.


Paranoid AS terhadap umat Islam di negara mereka juga terbukti apabila Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) mendedahkan laporan bertajuk Muslims Need Not Apply, dua minggu sebelum pembongkaran program rahsia NYPD dihebohkan.

Berdasarkan laporan itu, program keselamatan kebangsaan yang digerakkan secara rahsia itu diwujudkan bagi memberi kuasa mutlak kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan imigresen AS untuk menangguhkan setiap permohonan kerakyatan orang Islam dan kemasukan mereka yang datang dari negara Islam.

Program yang bermula pada tahun 2008 di bawah pimpinan bekas presiden, George W Bush itu juga berfungsi bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai hubungan dengan pengganas. Ia terus diaplikasikan di bawah teraju Presiden Barack Obama bagi menyenarai hitam pemohon beragama Islam dan mengklasifikasikan orang Muslim di bawah perhatian keselamatan negara.

Laporan ACLU yang dikeluarkan pada 21 Ogos lalu itu turut disokong beberapa contoh kes. Misalnya, permohonan kerakyatan seorang warga Mesir, Tarek Hamdi ditolak hanya kerana dia membayar zakat secara tahunan kepada pertubuhan bantuan Islamik, Yayasan Antarabangsa Benevolence.

Pihak pemerintah AS kemudiannya menutup pertubuhan tersebut atas tuduhan ia menyokong pergerakan pengganas dan mendakwa pemimpinnya menipu penderma seperti Tarek. Bagaimanapun, Khidmat Kewarganegaraan dan Imigresen AS (USCIS) tetap menolak permohonan Tarek.

Kehidupan sebagai seorang Muslim selepas tragedi 
11 September 2001 amat mencabar dengan pelbagai stigma.

Hal itu berlarutan sehingga 11 tahun meskipun proses asal hanya memakan masa selama enam bulan. Ia berakhir selepas arahan dikeluarkan oleh hakim bagi pihak Tarek agar USCIS meluluskan permohonan kerakyatan lelaki itu.

Tragedi 11 September telah melahirkan penyakit Islamofobia dalam kalangan masyarakat khususnya di AS. Selain menyemarakkan kebencian masyarakat dunia terhadap muslim, ia turut menjadi alat politik terpenting bagi mengeksploitasi ketakutan dalam meraih kuasa di peringkat antarabangsa.

Seramai suku juta muslim di San Francisco Bay Area mengakui mereka pernah berdepan insiden berkait Islamofobia selepas tragedi 11 September.

Berdasarkan kajian bertajuk The Bay Area Muslim Study: Establishing Community and Identity yang didedahkan pada bulan Mei lalu, 40 peratus Muslim di kawasan itu pernah mengalami diskriminasi peribadi manakala 23 peratus lagi menjadi mangsa jenayah kebencian. -Hmetro

Top 10 Domain Name Paling Mahal Di Dunia

Ada beberapa syarikat atau individu yang sentiasa bersedia untuk membeli nama domain dengan harga yang sangat mahal dengan harapan nama tersebut akan melakukan perubahan untuk perusahaan mereka.

Domain Name

Berikut adalah 10 nama domain yang paling mahal di dunia internet yang pernah dibeli menurut lama web Therichiest.

Toys.com

Syarikat permainan gergasi, Toys R Us telah membeli domain toys.com dengan harga $5.1 juta. Pembayaran domain termahal pada tahun 2009. Pada ketika itu, secara purata, harga domain di Amerika Syarikat adalah $2688. Pembelian ini dilakukan oleh Toys R Us dengan tujuan untuk menembusi pasaran online dan juga untuk orang-orang yang mencari alat permainan. Langkah ini akhirnya menjadikan syarikat ini dalam senarai teratas di mesin carian Google. 

Casino.com

Apa yang terbayang bila anda mendengar nama casino.com? Secara umumnya, disini disediakan permainan casino online selama 24 jam. Tidak banyak maklumat tentang pembelian dan penjualan domain ini, tapi dikatakan bahwa nama domain ini dijual pada Masion Limited yang beribu pejabat di Gibraltar dan penjualan dilakukan pada tahun 2003 dengan nilai $5.5 juta.

Israel.com

Joel Noel Friedman tidak mengharap ketika dia membeli nama domain Israel.com. Alasan awalnya hanya bertujuan ingin mengambil nama domain sehingga tiada seorang pun boleh menyalahgunakan nama tersebut. Akan tetapi di tahun 1994, nama domain ini dijual ketika sambutan peringatan Israel yang ke 60 tahun. Kepada siapa nama domain ini dijual sebenarnya masih menjadi misteri hingga kini; tetapi penjualan ini termasuk dalam salah satu senarai nama domain paling mahal di dunia iaitu $ 5.88 juta!

Beer.com

Beer.com pada mulanya dimiliki oleh Andrew Miller dan Michael Zapolin. Mereka membeli nama domain tersebut pada harga $80,000. Dengan memiliki nama domain yang “catchy”, mereka kemudiannya mula membangunkan website tersebut dengan tujuan sebagai tempat dimana orang boleh menilai pelbagai jenis bir yang mereka temui. Setahun kemudian, mereka mendapat perhatian dari Interbrew dan kemudiannya menjual nama domain ini pada harga $7 juta. Khabar angin yang beredar mengatakan bahawa mereka telah dibayar secara tunai. 

Diamond.com

Nama domain ini sebelumnya dimiliki oleh Odimo, yang sebelumnya pemilik laman web yang mengkhususkan wanita yang ingin mencari perhiasan. Pada tahun 2006, Odimo kemudiannya menjual nama domain ini kepada Ice.com. Selain $7.5 juta untuk pembelian harga domain, tambahan $2 juta juga dibayar oleh Ice.com untuk mendapatkan semua produk milik Odimo.


Business.com

Penulis buku terlaris New York Times, Marc Ostrofsky membeli nama domain business.com pada harga $150,000 sebagai satu pelaburan. Tapi, dia tidak mengharapkan yang dia akan menjadi seorang jutawan hasil penjualan nama domain ini. Pada tahun 1999, nama domain ini dijual pada eCompanies dengan nilai yang sangat menakjubkan, $7.5 juta! 

Porn.com

Untuk laman web yang mengandungi pelbagai kandungan untuk tontonan golongan dewasa yang mencakupi foto dan video, tidak mengejutkan ketika diumumkan pada tahun 2007, Porn.com dijual kepada MXN limited dengan harga tunai $9.5 juta.

Fund.com

Laman web ini sekarang sibuk melayani pengguna yang mencari nasihat kewangan tentang pelbagai jenis pelaburan dan dana. Sebelum itu, nama domain ini dimiliki oleh Clerk Media, namun pada tahun 2008 diumumkan bahawa nama domain ini telah dijual pada harga $9.99 juta yang diserahkan secara tunai.

Sex.com

Dengan sejarah yang panjang dan pelbagai kontroversi, akhirnya pada tahun 2010 nama domain ini dijual pada Clover Holdings LTD dengan harga $11.5 juta.

Insure.com

Nama domain paling mahal yang direkodkan telah terjual pada harga $16 juta! Nama domain insure.com sebenarnya telah sedia wujud sejak tahun 1984 di bawah pemilikan Quotesmith Corporation. Kemudian dibeli oleh QuinStreet, yang merupakan sebuah perusahaan media online dan marketing dengan harga $16 juta pada tahun 2009. Website ini melayani semua keperluan pelanggannya dengan pelbagai jenis keperluan.

Adakah anda juga ingin mencuba untuk membeli beberapa nama domain untuk dijadikan pelaburan? Kenapa tidak..:)

-Sentiasapanas.com

Top 10 Makanan Paling Mahal Di Dunia

Jika anda memiliki banyak duit dan teringin untuk merasai makanan-makanan yang mungkin lazat tapi mahal. Bolehlah mencuba senarai 10 makanan paling di dunia yang tersenarai dibawah;

Huge Italian Truffle To Fetch
$216,000 (RM654,048.00)

Huge Italian Truffle To Fetch

Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi ada pesaing yang boleh membida lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali. Cendawan putih 1.5kg berasal dari geografi Itali yang dijangka akan dijual untuk 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan di Macau.

Almas Caviar
$25,000 (RM75,700.00)

Almas Caviar

Telur ikan Almas. Ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan Beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu maka semakin tua la ikan tersebut maka semakin indahlah rasanya. telur ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24-karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang di ketahui hanya Caviar House & Prunier di London England Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24-karat untuk $25,000.00

Yubari Melons
$20,000 (RM60,560.00)

Yubari Melons

Tembikai Yubari adalah tembikai termahal Jepun. Baru-baru ini telah di putuskan pasangan terbaik dan telah dibeli oleh pemilik sama ada di samping makanan tengah hari atau cenderahati perniagaan. Harga dalam lingkiungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454). Yang paling baik adalah dalam lingkungan 20,000 yen (RM605) dan harga lelongan di catat semenjak 2008 adalah 2 million yen (RM60,560).

Dansuke Watermelons
$6,100 (RM12,717.60)

Dansuke Watermelons

Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di pulau utara Jepun, Hokkaido, yang mana diberi sebagai hadiah atas sifat jarang yang luarbiasa. Ia adalah hanya berjumlah 65 biji untuk tuaian pertama setiap musim. Menurut AP, " lelongan tembikai hitam yang besar di Jepun pada Jumaat mencecah rekod $6,100, menjadikan ia tembikai yang paling mahal pernah dijual di negara itu".

Pizza Royale 007
$4,200 (RM12,717.60)

Pizza Royale 007

Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 UD Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang murah hati dari Rom yang juga merupakan pengumpul mine terbaik dan coklat. Guinness Book of World Records melihat kandungan jualan pizza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza Yang Paling Mahal Di Dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang di cipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London. 

Samundri Khazana
$3,200 (RM9689.60)

Samundri Khazana

Di panggil Samundari Khazana iaitu Khazana dari laut, salah satu campuran telur Beluga yang sedap, iaitu siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh d makan. Kari yang paling mahal di dunia telah dilancarkan meskipun harga kerangupannya bernilai RM6056 sepinggan. Untuk menyambut pelancaran DVD Slumdoq Millionaire, Bombay Brassiere telah membungkis plat kari penuh dengan kandungan yang paling mahal yang mungkin mereka akan temui.

Wagyu Steak
$2,800 (RM8478.40)

Wagyu Steak

Bersosial selepas kerja anda, anda mungkin membawa teman anda di stik New York Craft di mana penuh dengan mata tulang rusuk Wagyu yang dihidangkan di parti persendirian yang berharga RM8478.40. Ia adalah stik yang terbaik.

Chocopologie
$2,600 (RM7872.80)

Chocopologie

Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah chocopologie oleh Knipschildt. Pada RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya dimiliki melalui pesanan. Ia mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.

The Zillion Dollar Frittata
$1000 (RM3028.00)

The Zillion Dollar Frittata

Kegilaan kulinari telah mencapai puncak terbaru di New York dengan penampilan sulung telur dadar bernilai RM3028. Hotel Le Parker Meridien di w.57th St. telah baru baru ini telah menambah hidangan sarapan yang menggemparkan dalam menunya untuk pelanggan tetapnya membayar RM605.60 sesudu telur dadar yang berlemak. Ia rupa-rupanya bukan sekadar telur dadar biasa, ia mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.

Matsutake Mushrooms
$1000 (RM3028.00)

Matsutake Mushrooms

Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan element penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar di tanam kerana itulah harganya sangat mahal. Matsutake Jepun bila awal musim bermula mempunyai gred yang paling tinggi dan boleh mencapai RM6056.00 sekilo. Untuk perbandngan nilai purata bagi matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.

[Sumber]

JOM KLIK IKLAN