20 Sep 2013

Jue Aziz Kecewa Dituduh Ada Anak Luar Nikah!

Pelakon jelita, Juliana Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Jue Aziz kecewa apa niat baiknya membesarkan anak angkat disalah erti oleh masyarakat.

Jue Aziz

"Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?

"Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi Tuhan belum menemukan jodoh saya.

Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat," katanya.

Spekulasi yang mengatakan Jue menghilangkan diri kerana mahu menyembunyikan perutnya memboyot timbul selepas tersebarnya gambar aktres itu bersama seorang bayi lelaki yang diberi nama Darwish Naufal baru-baru ini.

"Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat maca-macam cerita orang buat.

Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.

"Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi?

Kalau betul saya mengandung tentu cerita itu sudah tersebar luas.

Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran." Katanya.

[Sumber]

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN