13 Sep 2013

Majlis Pernikahan Black Hanifah Dan Chira


Daku Amat Menyintai Mu

PENYANYI bersuara lunak kelahiran program Mentor di TV3, Black Hanifah (sebelum ini Black Mentor) atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Naquia Yasirah Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan.

Black Sah Jadi Suami Chira Dengan Sekali Lafaz

Akad nikah tersebut telah disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuanMohd Khairi Abu Hassan. Hanya dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari semalam, Jumaat 13 September 2013 maka sahlah Black Hanifah menjadi suami kepada Chira Khairi, dengan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya. 

Daku Amat Menyintai Mu
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo.

7 Dulang Hantaran Berbalas 9 Dulang Hantaran

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran berupa jam tangan, kasut, sirih junjung, Al-Quran, songkok, tali pinggang dan dompet, cincin serta minyak wangi.

Daku Amat Menyintai Mu
Majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat masing-masing mempelai dan juga rakan-rakan rapat pasangan pengantin, Black dan Chira. Terdahulu sebelum itu, Black dan Chira atau Naquia Yasirah telah mengikat tali pertunangan pada 26 Januari 2013.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada sebelah malamnya yang berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah pengantin perempuan. Manakala sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan. 

Difahamkan, Black juga akan mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September ini bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar. 

Barakallahu lakuma wa baraka, 'alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair, semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah dan sentiasa mengumpulkan kamu dalam kebaikan, diucapkan kepada Black dan pasangannya Chira. Amin. 

Lain-lain gambar majlis pernikahan Black dan Chira : 

Daku Amat Menyintai Mu
Daku Amat Menyintai Mu
Daku Amat Menyintai Mu

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN