20 Sep 2013

Top 10 Domain Name Paling Mahal Di Dunia

Ada beberapa syarikat atau individu yang sentiasa bersedia untuk membeli nama domain dengan harga yang sangat mahal dengan harapan nama tersebut akan melakukan perubahan untuk perusahaan mereka.

Domain Name

Berikut adalah 10 nama domain yang paling mahal di dunia internet yang pernah dibeli menurut lama web Therichiest.

Toys.com

Syarikat permainan gergasi, Toys R Us telah membeli domain toys.com dengan harga $5.1 juta. Pembayaran domain termahal pada tahun 2009. Pada ketika itu, secara purata, harga domain di Amerika Syarikat adalah $2688. Pembelian ini dilakukan oleh Toys R Us dengan tujuan untuk menembusi pasaran online dan juga untuk orang-orang yang mencari alat permainan. Langkah ini akhirnya menjadikan syarikat ini dalam senarai teratas di mesin carian Google. 

Casino.com

Apa yang terbayang bila anda mendengar nama casino.com? Secara umumnya, disini disediakan permainan casino online selama 24 jam. Tidak banyak maklumat tentang pembelian dan penjualan domain ini, tapi dikatakan bahwa nama domain ini dijual pada Masion Limited yang beribu pejabat di Gibraltar dan penjualan dilakukan pada tahun 2003 dengan nilai $5.5 juta.

Israel.com

Joel Noel Friedman tidak mengharap ketika dia membeli nama domain Israel.com. Alasan awalnya hanya bertujuan ingin mengambil nama domain sehingga tiada seorang pun boleh menyalahgunakan nama tersebut. Akan tetapi di tahun 1994, nama domain ini dijual ketika sambutan peringatan Israel yang ke 60 tahun. Kepada siapa nama domain ini dijual sebenarnya masih menjadi misteri hingga kini; tetapi penjualan ini termasuk dalam salah satu senarai nama domain paling mahal di dunia iaitu $ 5.88 juta!

Beer.com

Beer.com pada mulanya dimiliki oleh Andrew Miller dan Michael Zapolin. Mereka membeli nama domain tersebut pada harga $80,000. Dengan memiliki nama domain yang “catchy”, mereka kemudiannya mula membangunkan website tersebut dengan tujuan sebagai tempat dimana orang boleh menilai pelbagai jenis bir yang mereka temui. Setahun kemudian, mereka mendapat perhatian dari Interbrew dan kemudiannya menjual nama domain ini pada harga $7 juta. Khabar angin yang beredar mengatakan bahawa mereka telah dibayar secara tunai. 

Diamond.com

Nama domain ini sebelumnya dimiliki oleh Odimo, yang sebelumnya pemilik laman web yang mengkhususkan wanita yang ingin mencari perhiasan. Pada tahun 2006, Odimo kemudiannya menjual nama domain ini kepada Ice.com. Selain $7.5 juta untuk pembelian harga domain, tambahan $2 juta juga dibayar oleh Ice.com untuk mendapatkan semua produk milik Odimo.


Business.com

Penulis buku terlaris New York Times, Marc Ostrofsky membeli nama domain business.com pada harga $150,000 sebagai satu pelaburan. Tapi, dia tidak mengharapkan yang dia akan menjadi seorang jutawan hasil penjualan nama domain ini. Pada tahun 1999, nama domain ini dijual pada eCompanies dengan nilai yang sangat menakjubkan, $7.5 juta! 

Porn.com

Untuk laman web yang mengandungi pelbagai kandungan untuk tontonan golongan dewasa yang mencakupi foto dan video, tidak mengejutkan ketika diumumkan pada tahun 2007, Porn.com dijual kepada MXN limited dengan harga tunai $9.5 juta.

Fund.com

Laman web ini sekarang sibuk melayani pengguna yang mencari nasihat kewangan tentang pelbagai jenis pelaburan dan dana. Sebelum itu, nama domain ini dimiliki oleh Clerk Media, namun pada tahun 2008 diumumkan bahawa nama domain ini telah dijual pada harga $9.99 juta yang diserahkan secara tunai.

Sex.com

Dengan sejarah yang panjang dan pelbagai kontroversi, akhirnya pada tahun 2010 nama domain ini dijual pada Clover Holdings LTD dengan harga $11.5 juta.

Insure.com

Nama domain paling mahal yang direkodkan telah terjual pada harga $16 juta! Nama domain insure.com sebenarnya telah sedia wujud sejak tahun 1984 di bawah pemilikan Quotesmith Corporation. Kemudian dibeli oleh QuinStreet, yang merupakan sebuah perusahaan media online dan marketing dengan harga $16 juta pada tahun 2009. Website ini melayani semua keperluan pelanggannya dengan pelbagai jenis keperluan.

Adakah anda juga ingin mencuba untuk membeli beberapa nama domain untuk dijadikan pelaburan? Kenapa tidak..:)

-Sentiasapanas.com

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN