24 Oct 2013

Gempa Bumi di Tebing Barat

 
Pada hari Rabu berlaku sebuah gempa bumi yang meggegarkan daerah Elat, Palestin terjajah (the occupied Palestine), berukuran 3.3 skala ritcher yang berpusat di Tobah berhampiran Sinai, adalah salah satu daripada rangkaian gempa bumi yang berlaku mutakhir ini. Pada hari Selasa juga dilaporkan berlaku 4 turutan gegaran gempa bumi dibkawasan Tobariya yang berukuran di antara 3.3 - 3.6 skala ritcher.

Gempa bumi yang berlaku di Elat semalam meyebabkan ketakutan kerana gegarannya dapat dikesan sehingga ke pusat gempa yang lama yang terletak di kawasan yang berjauhan. Akhbar Yediot Ahronot berbahasa Hebrew melaporkan bahawa Kerajaan Israel mendesak para saintis untuk menentukan bahawa adakah gempa kali ini adalah termasuk dalam rangkaian gempa bumi yang lepas atau ia adalah permulaan bagi gempa yang lebih besar.

Pengerusi Pertubuhan Geografi Israel mengeluarkan kenyataan bahawa : "kita tidak dapat menafikan bahawa mungkin akan berlaku gegaran seterusnya yang lebih besar, tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat memastikan samaada ia akan berlaku".

Palestin mempunyai sambungan jaluran geografi dengan lembah Afrika dan Ethiopia sering terdedah kepada gegaran-gegaran perlahan tetapi belum pernah melaporkan sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda, namun gempa kali ini telah mengundang ketakutan kerana dijangkakan gempa bumi yang lebih kuat akan melanda "Israel" dalam masa terdekat.

Laporan dari Bahagian Dalam Negeri menyebut bahawa Israel tidak memiliki persiapan untuk menghadapi sebarang gegaran berskala besar. Sementara itu sumber dari Bahagian Ketenteraan Israel memberi maklumat tentang satu gempa bumi berskala besar melanda Israel yang berskala 7.5 skala ritcher menyebabkan lebih dari 15,000 terbunuh sementara belasan ribu tercedera dan rumah-rumah turut musnah menyebbkan kerugian yang dianggarkan mencecah puluhan juta shekel.

sumber: quds.pn, thetimeofisrael [NAA]

#aqsasyarif

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN