30 Nov 2013

Penganiyaan Kerajaan Keatas Pengusaha Melayu

[Lihat Video] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan.

Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.
Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.

sabasun 1

Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma.

Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’, berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga.

Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.

Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.

Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain.

Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu.
Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan.

Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda.

Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000.

Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh ‘block’.
Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je.

Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada ‘Bangla’, tak ada ‘Nepal’ seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum.

sabasun 2

Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang ‘blue ocean strategy’ . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat ‘red ocean’. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun.

Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.

Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih.

*** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi, pada program ‘Lepak santai’ anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013, di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu.

[TERKINI] Adakah orang tersayang anda terpedaya dengan produk ini?

 https://8share-production-my.s3.amazonaws.com/campaigns/3852/photos/profile/thumb1.jpg?1383041672

Barangkali ramai orang di Malaysia yang terpedaya dengan rokok tak sah ini yang mungkin lebih memudaratkan daripada rokok biasa.

Pear OS 8 Download

Pear OS 8

Make your PC work even better together


To use Pear OS 8 is to fall in love with it. The desktop environment is intuitive but powerful, so you can work quickly and accomplish all you can imagine. You’ll be captivated by its elegance.



Apple VS Pear

>> DOWNLOAD <<

[video] Paranormal Villa Nabila (2013) CAMRip

GEMPARRRR !! Rakaman video pelajar yang hilang di 
Villa Nabila tersebarrrr !!


Sementara video masih belum di delete... elok cepat tengok . walaupun tiada apa2 entiti yg berjaya dirakamkan, tetapi video ini sudah cukup seram utk ditonton. ini adalah video sebelum mereka dilaporkan hilang.... kamera ini dijumpai di sekitar villa nabila...!!


Laporan Khas Pelajar Hilang di Villa Nabila (2013)

Sebuah rakaman pendek dari 7 orang pelajar yang memasuki Villa Nabila untuk sebuah [Paranormal]. Video ini dirakamkan sebelum mereka hilang. Kini beberapa orang daripada mereka telah ditemui.
Sebuah rakaman seram, aktiviti paranormal di Villa Nabila, Segamat, Johor. Dirakamkan oleh beberapa pelajar yang dikatakan hilang dalam villa tersebut. Rakaman ini sempat diambil salinannya oleh salah seorang admin kami dan diupload ke mari. Jom sebarkan! 
Memang seram walaupun tiada apa-apa entiti paranormal yang berjaya dirakamkan.

jangan lupa kongsikannya !!!

3 ditahan muat turun (download) secara haram




PUTRAJAYA - Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
   
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Roslan Mahayudin berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
   
Katanya operasi bahagian penguatkuasaan KPDNKK yang disertai 10 pegawai termasuk dari bahagian Cybersecurity Malaysia itu turut merampas tiga unit komputer riba, satu unit broadband, dua unit router dan dua unit modem bernilai RM12,000.     
   
Antara filem yang dimuat turun ialah KL Gangster 2, KL Zombie dan Tanda Putra dalam laman web:www.allinoneatheremovie.blogspot.com; www.pjsenter.com dan www.piratesbytez.com., kata dalam sidang media di sini hari ini.
   
Mereka adalah remaja pertama ditahan di bawah Ops Spyglass dan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hakcipta 1987.

"Walaupun di bawah umur tindakan tetap diambil di bawah undang-undang sedia ada. Serbuan dilakukan atas aduan pemilik hakcipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan sebagai portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
   
"Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, mereka memaklumkan bahawa filem-filem yang disediakan di dalam laman web/blog seliaan mereka diperolehi sumbernya daripada laman/blok lain,"katanya.
   
Katanya antara laman web yang paling terkenal ialah www.ganool.com yang didapati beroperasi di Jawa Timur yang dikendali seorang remaja, selain sumber filem lain dari http://pencurimovie.sx/ danhttp://moviepecah.blogspot.com/.
   
Menurut Roslan bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses laman sesawang tersebut mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
   
Roslan menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti siber anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan sebarang aktiviti siber yang menyalahi undang-undang. -Bernama

BR1M 3.0 (2014)

BR1M 3.0 Dan BR1M 4.0  Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia Akan Diteruskan | Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemberian bantuan RM500 iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan penerimanya. Oleh itu, adakah pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan diteruskan lagi?


Semalam (12/02/2013), YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia – BR1M3.0 dan BR1M4.0 kepada kumpulan sasar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemberian BR1M 3.0 ada kelainan sedikit berbanding tahun lepas iaitu pembayaran dibuat 2 kali setahun dan wang bantuan akan terus dimasukkan ke akaun bank penerima. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan sahaja. Pemberian BR1M 3.0 dijangka akan dinaikkan kepada RM600 & RM300.  Pengumuman BR1M 3.0 akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak, pada 25 oktober 2013 ini.



Kini ianya telah dipermudahkan, penerima BR1M 3.0 tidak perlu lagi bersusah payah datang untuk mendengar ceramah daripada pemimpin politik kerana pilihanraya telah pun berlalu dan beratur panjang untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Bagaimanapun, pelaksanaan  Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 hanya akan dapat diteruskan sekiranya Barisan Nasional (BN)berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

warga Syria makan singa kerana lapar?

dailymail.co.uk

Damsyik : Perang saudara dan sekatan membuat warga Syria tak punya makanan . Tubuh anak - anak bergetar kerana lapar . Mereka yang terjebak di medan perang terpaksa makan rumput , sebagai pengganti roti . Sejumlah ulama bahkan mengeluarkan fatwa kontroversi : penduduk yang terkepung di luar Damsyik boleh mengambil daging anjing dan kucing untuk bertahan hidup .

Sebuah foto yang beredar baru - baru ini di media sosial menunjukkan , warga Syria menyembelih singa di zoo untuk dimakan .

Para aktivis berkata , foto  itu adalah bukti bahawa penduduk di negara yang dilanda perang berpanjangan itu kelaparan .

Dalam gambar , yang belum disahkan , menunjukkan , 3 lelaki berada di sekeliling bangkai singa . Salah satu lelaki memegang kepala singa kurus yang tak lagi bernyawa . Lain kelihatan sedang memotong daging dari kaki belakang haiwan itu .

Apa yang kelihatan seperti bongkah daging teronggok di lantai simen di sisinya . Haiwan malang yang dikorbankan itu diduga berasal dari Zoo Al - Qarya al - Shama .

Laporan lain menyebut , lelaki - lelaki itu tak hanya mengambil dagingnya , tapi juga kulit untuk membalut tubuh dari kesejukan. Sementara , ada yang menyebut , binatang itu sudah mati sebelum dagingnya diambil untuk dimakan .

Penduduk di kawasan paling teruk terdampak perang awam , termasuk di wilayah timur Ghouta , nyaris putus asa kekurangan makanan .

Itulah yang membuat seorang ulama menfatwakan boleh makan daging dan kucing . " Bukan kerana itu halal , namun sebagai refleksi dari realiti bahawa kami menderita , " kata Sheikh Saleh al - Khatib , seperti dikutip dari Daily Mail , 29 November 2011 . " Orang - orang di sini tak punya apa-apa untuk memberi makan anak - anak mereka . "

Menurut Daily Telegraph , PBB mengatakan bahawa orang awam yang kelaparan di Syria berada di kawasan terkepung , yang tak boleh diakses bantuan makanan .

PBB membahagi - bahagikan makanan untuk 3.3 juta orang di Syria pada bulan Oktober . Badan Makanan PBB menambah , status pemakanan mereka yang terperangkap sangat membimbangkan , terus menurun dalam masa beberapa bulan .

Kanak - kanak Paling Menderita

Lebih dari 2 juta warga Syria lari dari rumah selama konflik berlaku , mencari perlindungan di pelbagai negara jiran seperti Jordan , Lubnan , Turki , dan Iraq . Sekurang-kurangnya lebih dari setengahnya , kira-kira 1.1 juta adalah anak - anak - yang 75 peratus berusia di bawah 12 tahun .

Badan Pelarian PBB ( UNHCR ) mendedahkan , anak - anak pelarian Syria di Lubnan dan Jordan beralih menjadi tulang belakang keluarga .

Mereka yang tak mendapatkan hak mendapatkan pendidikan , lahir di keluarga yang tercerai berai , dihantui trauma konflik , terpaksa masuk dunia kerja .

Anak - anak berusia semuda 7 tahun walaupun kerja menjadi buruh di ladang , ladang , dan kedai - kedai , dibayar tak seberapa bahkan berisiko dieksploitasi .

Di Lubnan , beratus-ratus anak - anak pelarian - banyak dari mereka gadis - gadis cilik berusia 7-12 tahun - dijemput setiap harinya dari puluhan penempatan pelarian tak rasmi di Lembah Bekaa dan wilayah sempadan di utara , dimuat ke lori , dan dibawa ke ladang tempat mereka bekerja selama 6-8 jam dengan bayaran seadanya .

Banyak anak - anak pelarian Syria di Lubnan juga jatuh ke tangan kumpulan jenayah yang mengeksploitasi mereka - dijadikan pengemis di jalan - jalan Beirut atau menjual bunga dan gula-gula getah .

Anak - anak yang tertinggal di Syria tak kalah tragis nasibnya . Tak hanya terancam nyawanya , mereka juga dilatih di kem latihan pejuang . Seperti yang ada di al - Ghouta .

Semuda itu , mereka diajar membawa senjata dan kemahiran ketenteraan . Siap terjun ke medan perang yang ganas .

Sumber: news.liputan6.com

Nyaris setubuh adik perempuan sendiri dek kerana kesilapan bapaNyaris

Gambar hiasan
Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing iaitu mereka rupa-rupanya adik beradik.

Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China.

Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta.

Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.

Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.

Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.

Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan. –mynewshub

Sumber: says.com, dramafever.com

Gila! Kisah Perogol Paling Muda Umur 11 Tahun!


Kisah Gila Perogol Paling Muda Baru Umur 11 Tahun

Kisah Gila Perogol Paling Muda Baru Umur 11 Tahun
Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di rumah pengasuh kanak-kanak itu. Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 November lalu dan laporan perubatan yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan selaput dara kanak-kanak itu koyak. Polis kini menyiasat kes yang boleh menjadi sebagai perogol yang paling muda di negara ini.

Kedua-dua kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh pada kira-kira pukul 2 petang apabila seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 43, menyedari bahawa rumah di Alor Gajah itu senyap tidak seperti biasa. Pengasuh itu pergi ke kedai runcit berhampiran, maka jiran tersebut memasuki rumah melalui pintu belakang dan pergi untuk menyiasat.

Secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan berkenaan keluar dari bilik dengan tergesa-gesa dengan ketika itu tidak berpakaian sepenuhnya. “Dia menangis dan kelihatan terkejut,” kata Shima. Selepas menenangkan kanak-kanak perempuan itu di bawah, jiran telah memeriksa rumah tersebut dan budak lelaki itu, yang merupakan anak tiri kepada pengasuh kanak-kanak terbabit, bersembunyi di sebalik pintu bilik yang lain.

“Dia hanya memakai seluar,” kata Shima. “Dia memberitahu saya bahawa dia sedang bersiap untuk menghadiri kelas agama.” Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, jiran yang kemudian menelefon ibu gadis itu , 35, dan menceritakan kejadian itu. Apabila ibu meminta anaknya menceritakan apa yang terjadi, dia menjawab bahawa budak itu telah baring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat pada kemaluannya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama. Polis kini sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kanak-kanak perempuan itu, merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, telah dihantar ke rumah pengasuh kerana dia merupakan seorang anak kecil berbanding adik-beradik yang lebih tua dan lebih muda daripadanya. Dua kanak-kanak lain sedang tidur pada waktu tengah hari ketika kejadian itu berlaku.

KISAH GILA PEROGOL PALING MUDA BARU UMUR 11 TAHUN
ikuti kisah lanjut Budak Lelaki 11 Tahun Rogol Kanak-Kanak Perempuan 6 Tahun di mStar

Puteraduyong

Love You Mr. Arrogant Akasia TV3

Sinopsis Love You Mr. Arrogant TV3. Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...



Pelakon Love You Mr. Arrogant. Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.


Lagu Tema/Lagu Latar Love You Mr. Arrogant
Tetap Menanti - Nomad

Tonton online di www.tonton.com.my - Love You Mr. Arrogant

Siaran Love You Mr. Arrogant (Setiap Isnin hingga Khamis, 7 petang.)

Tonton v1
Episod 26 - 7/11/2013 - Akhir
Episod 25 - 6/11/2013
Episod 24 - 5/11/2013
Episod 23 - 4/11/2013
Episod 22 - 31/10/2013
Episod 21 - 30/10/2013
Episod 20 - 29/10/2013
Episod 19 - 28/10/2013
Episod 18 - 24/10/2013 
Episod 17 - 23/10/2013
Episod 16 - 22/10/2013
Episod 15 - 21/10/2013
Episod 14 - 17/10/2013
Episod 13 - 16/10/2013
Episod 12 - 15/10/2013
Episod 11 - 14/10/2013
Episod 10 - 10/10/2013
Episod 9 - 9/10/2013
Episod 8 - 8/10/2013
Episod 7 - 7/10/2013
Episod 6 - 3/10/2013
Episod 5 - 2/10/2013
Episod 4 - 1/10/2013
Episod 3 - 30/9/2013
Episod 2 - 26/9/2013
Episod 1 - 25/9/2013

MIRROR LINKS
Tonton
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26
Download
Episod 1Episod 2Episod  3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26


Credit to KepalaBergetar & dfm2u

wow! Luna Maya Bakal Jadi Putri Duyung

Jakarta--Luna Maya kembali main sinetron. Kali ini ia mendapatkan peran sebagai Putri Duyung yang diproduksi oleh MD Entertainment. "Aku tiap tahun pasti ada sinetron baru karena panjang-panjang (sinetronnya) jadi libur nggak banyak," kata Luna saat ditemui di kawasan Setiabudi, Rabu 27 November 2013.

Berperan sebagai putri duyung diakui Luna tidak menjadi kendala karena dia lahir dan besar di lingkungan pantai. "Saya anak pantai, saya suka berenang," ujarnya.

Meski begitu Luna sempat merasa kesal saat ada adegan yang mengharuskannya berenang pukul 12 malam. "Itu kan dingin banget," kata dia yang menganggap hal itu cukup berat. Tapi untuk memenuhi kebutuhan adegan Luna tetap melakukan adegan tersebut.

Meski begitu selama proses syuting Luna masih dapat menikmati keseruan yang ada karena dirinya banyak dipertemukan dengan pemain baru. "Seru aja, banyak temen-temen yang masih muda di sini."

Presenter acara musik Dahsyat ini lebih memilh untuk menerima tawaran syuting sinetron drama dibandingkan sinetron kolosal. "Kalau kolosal waktunya kurang memungkinkan, aku ada syuting live setiap pagi dan malam, takutnya kalau kolosal nggak sempat."

Sumber: tempo.co

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive