6 Nov 2013

Peniaga China Guna Minyak Masak Dari Najis Kumbahan




Seperti yang semua tahu, makanan di negara China sememangnya amat unik kerana mereka makan makanan yang geli untuk dimakan oleh manusia. Terbaru mereka membuat minyak masak dari najis kumbahan. Sedap ke?

Masalah keselamatan makanan di negara China amat tidak memuaskan dan kali ini satu video telah menunjukkan peniaga makanan di China menggunakan minyak dari sampah dan longkang.

Boleh anda bayangkan betapa jijiknya makanan di sana?

Peniaga di China seboleh-bolehnya mencari sumber minyak dari longgokan sampah, pembentung, menggunakan kembali sampah pepejal atau cecair yang mengandungi minyak atau bahagian haiwan yang boleh dijadikan minyak.

Kemudian mereka memproses bahan kotor itu ke dalam minyak masak, yang mereka jual pada kadar di bawah harga pasaran kepada vendor makanan yang menggunakannya untuk memasak makanan yang boleh membuat anda sakit.

Video ini, yang dihasilkan oleh Radio Free Asia, menunjukkan secara terperinci bagaimana beberapa vendor minyak longkang menghasilkan minyak ‘istimewa’ mereka.

Ia bermula dengan beberapa cedokan kumbahan dari tanah, dan ia berakhir dengan peniaga makanan menggunakannya di dalam masakan.

Gila! (sumber Wanista)

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive