27 Dec 2013

Tahniah! Linda Onn Sah Isteri Kepada Ungku Azhar

Jutaan tahniah diucapkan kepada deejay popular, Linda Onn yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Untuk makluman, Linda berusia 36 tahun sementara suaminya sekitar 40-an. Majlis pernikahan telah diadakan Setiahills, Bukit Indah, Ampang, kediaman Linda Onn selepas Asar.




gambar kahwin linda onn
Difahamkan pihak media yang hadir tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang visual ketika majlis berlangsung. Kepada anda yang ingin melihat wajah Linda dan suami di hari bahagia mereka, diharap bersabar Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada Linda atas perkahwinan ini.

Sumber

26 Dec 2013

Rebat Touch 'n Go Akan Dimansuhkan Oleh Kerajaan Awal 2014 ini.



SHAH ALAM – Rebat 20 peratus yang diberi kepada pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag akan berakhir hujung tahun ini, demikian menurut sebahagian pegawai khidmat pelanggan kaunter Touch ‘n Go dan SmartTag di pejabat operasi tol.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat operasi sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata petugas di situ menyatakan perkara sama.

"Saya ada dengar ura-ura untuk menamatkan tawaran rebat ini. Tapi, ia bukanlah maklumat daripada pengurusan, tetapi daripada sumber lain yang saya tahu.

"Setakat ini, tidak ada lagi berita mengenai perkara ini sampai ke pengetahuan petugas kaunter, cuma saya tahu kerajaan tidak akan menyambungnya lagi," kata seorang pegawai, semalam.

AKAN MENYUSUL.

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive