16 Dec 2013

Copy Writer Mati Selepas Kerja 30 Jam Tanpa Henti



Copy Writer Mati Selepas Kerja 30 Jam Tanpa Henti – Kata orang kalau rajin bekerja itu haruslah berpada-pada dan jangan sesekali menjadi hamba kepada kerja kita.

Mungkin benar kata itu.

Ini kerana seorang copy writer wanita yang berasal dari Indonesia, Mita Diran, 23, telah dilaporkan meninggal dunia disebabkan bekerja 30 jam tanpa henti.

Menerusi laman Twitternya, Mita sempat memuat naik status terakhirnya Ahad lalu, bertulis, “30 hours of working and still going strong”.

Menurut salah seorang pekerja, punca kematian Mita adalah disebabkan terlalu kuat bekerja dan pengambilan minuman Kratingdaeng, sejenis minuman tenaga seperti Redbull yang dipasarkan oleh negara Thailand.

Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah jangan sesekali memaksa diri bekerja lebih daripada had yang boleh diterima oleh minda dan tubuh badan anda.

Kerja, kerja juga, kesihatan juga perlu dititikberatkan.

Semoga kes yang berlaku terhadap Mita tidak terjadi di negara kita hendaknya. – MyNewsHub

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive