20 Dec 2013

Fazura Perli Hanez Suraya Meniru Gayanya?

Pernah pelakon cantik, Fazura Ahmad memuatnaik gambarnya bersama caption yang menunjukkan sindiran tentang adanya pelakon baru cuba meniru gayanya.

Serta-merta, semua menujukan sindiran ini kepada Hanez Suraya. Anda rasa sama ke gaya mereka?

Fazura Perli Hanez Suraya Meniru Gayanya?

Menurut kenyataan sebuah akhbar hari ini, Hanez memberi komen tentang perkara ini dengan tenang tanpa melatah.

“Saya tak tahu nak komen dan tak berani cakap lebih sebab saya tak nampak benda itu. Dia tak sebut nama pun dalam sindiran itu, jadi saya tak berani nak jawab. Nanti tak pasal-pasal bergaduh pula.”
“Saya tidak sempat baca atau lihat kenyataan yang dikeluarkan itu. Seingat saya, kami tak pernah ada masalah sebab hubungan kami okey saja selama ini.”

18+ Belum dewasa jangan KLIK sini!

Betul juga kata Hanez. Lagipun, gaya Fazura bukanlah ‘unik’ sangat untuk ditiru bukan? Kalau benar ditiru sekalipun, sepatutnya Fazura berbangga kerana ada yang menjadikan beliau idola. Bukannya menyindir sebegitu. Ramai saja selebriti dan orang-orang biasa yang bergaya lebih kurang Fazura.

Apa yang  jadi isunya?
Selamba saja Didie Alias tiru gaya Lady Gaga. Siap ramai selebriti jadikan beliau ikutan fesyen.
Tidak apalah. Mungkin kedua-duanya ada idola fesyen yang sama. Sama-sama cantikkan diri, apa salahnya. Asalkan jangan sampai jadi serupa macam kembar, sudah~



0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive