8 Jan 2014

Cina Minta HARAMKAN tulisan Jawi!


Mereka semakin besar kepala. Dengan tulisan jawi pun mereka takut. Kalau macam tu, haramkan juga tulisan cina di setiap papan tanda kedai, jalan/lorong, etc. Ada berani ke?


GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, dekat sini tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak luar yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.

PAPAN tanda utama SMK Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengandungi tulisan Jawi. 

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.

"Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.

"Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah," katanya.

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN

Blog Archive