12 Apr 2014

Selaput dara yang terkoyak boleh Di Bina Semula

Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.



Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.
Foto

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.

Sumber - Mymetro

PEGAWAI IMIGRESEN Tunai Solat Jumaat Di Rumah Ghairah Dicekup

pegawai imigresen, solat jumaat, urut batin, premis maksiat, lampias nafsu, ghairah,
PUTRAJAYA: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, empat anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen termasuk seorang pegawai dicekup ketika berada dalam sebuah pusat urut dipenuhi ‘cewek’ Indonesia yang dipercayai turut menawarkan khidmat urut batin dan seks.

Ketika dicekup pada jam 2.15 petang Jumaat lalu, keempat-empat penguat kuasa yang berusia 25 hingga 30 tahun itu memberi alasan memantau pendatang asing tanpa izin di premis berkenaan kira-kira 100 meter dari sebuah masjid di pusat bandar Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop berkata, pihaknya meragui alasan itu kerana ketika ditahan, mereka dalam keadaan sedang ‘menanti sesuatu’ di ruang tamu premis berkenaan.

“Penguat kuasa terbabit ditahan dan diambil keterangan selepas pihak Jais curiga dengan kehadiran mereka di premis maksiat itu ketika umat Islam sedang mendirikan solat Jumaat dan premis itu pula hanya kira-kira 100 meter dari masjid,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas orang awam melaporkan premis itu dipercayai menjadi tempat umat Islam melakukan kegiatan maksiat dan melampiaskan nafsu serakah terutama pada waktu solat Jumaat.

“Kita percaya mereka (penguat kuasa Jabatan Imigresen yang ditahan) menganggap anggota penguat kuasa Jais tidak melakukan serbuan untuk tempoh dua jam umat Islam mendirikan solat Jumaat.

“Namun, mereka silap kerana sepanjang waktu solat Jumaat penguat kuasa wanita Jais mengambil alih tugas memantau kegiatan premis terbabit sebelum penguat kuasa lelaki melakukan serbuan sejurus selesai solat Jumaat,” katanya.

Shahrom berkata, pihaknya tidak menerima alasan mereka memantau pendatang asing tanpa izin warga Indonesia di premis urut berkenaan memandangkan pemantauan itu dilakukan ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat.

“Walaupun ketika serbuan mereka ada di ruang menunggu, apa yang sahih mereka tidak mendirikan solat Jumaat walaupun masjid hanya kira-kira 100 meter dari premis maksiat itu.

“Kami tidak tahu sama ada empat lelaki itu sudah diberikan ‘khidmat’ oleh tukang urut warga Indonesia di premis urut itu atau sebaliknya,” katanya.

Shahrom berkata, keempat-empat penguat kuasa Jabatan Imigresen terbabit turut diminta hadir di ibu pejabat Jais di Shah Alam, semalam untuk diambil keterangan dan diberikan kaunseling.

Dalam serbuan sama, Shahrom berkata, pihaknya menahan seorang tukang urut wanita warga Indonesia yang sedang memberikan khidmat urut ‘ghairah’ tanpa pakaian kepada seorang pelanggan bukan Islam yang juga tidak berpakaian.

Beliau berkata, lapan lagi rakan cewek itu yang dipercayai tukang urut di premis sama juga diambil keterangan sebelum diberi kaunseling berkaitan kerja maksiat dilakukan itu.

“Siasatan mendapati, premis itu dilengkapi bilik khas untuk pelanggan diberikan khidmat urut ghairah selain beberapa lorong bagi memudahkan mereka melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa.

“Kami percaya tukang urut wanita yang berbogel itu tidak mendapat maklumat daripada rakan lain menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Shahrom berkata, warga Indonesia terbabit ditahan mengikut Seksyen 29 (1)(a)(b), Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan maksiat.

Menurutnya, Jais mengingatkan umat Islam di negeri itu supaya tidak menggunakan tempoh dua jam ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat untuk melakukan maksiat dan kerja terkutuk kerana penguat kuasa Jais tetap melakukan pemantuan di premis yang dikenal pasti.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan maksiat supaya memberikan maklumat lengkap bagi membolehkan serbuan dilakukan,” katanya.


sumber : paapaada

Marsya Londoh - 'Saya Perlukan Lelaki Untuk Berhibur'

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh menafikan kekasih barunya suami orang seperti didakwa orang. Katanya, dia sudah menyelidiki latarbelakang lelaki itu sebelum bercinta kerana tidak mahu situasi sama akan dialami seperti Hanez Suraya.

 "Saya perlukan lelaki tempat bermanja" - Marsha Londoh, hiburan, info, pelakon dan penyanyi Marsha, gossip,
Selain itu, Marsha turut memberitahu bahawa buah hatinya hanya orang biasa dan bukan berpangkat tinggi. Bukan harta atau kekayaan yang ingin dikejarkannya dalam mencari pasangan hidup tetapi seorang lelaki yang boleh dijadikan tempat berkongsi kasih sayang dan tempat bermanja.
"Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus."
 "Saya perlukan lelaki tempat bermanja" - Marsha Londoh, hiburan, info, pelakon dan penyanyi Marsha, gossip,
Sumber : plbgaimacam.blogspot.com/

Jurujual Lembut Ditemui Separuh bogel Mati

jurujual, lembut, rambut palsuu, separuh bogel,
SHAH ALAM – Seorang jurujual pusat membeli belah, ditemui mati dijerut di kediamannya, di Flat Sri Lempah, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa ditemui di bilik utama dalam keadaan meniarap atas tilam dan terdapat tali pinggang di lehernya.

Menurutnya, mangsa dipercayai berperwatakan wanita dengan memakai rambut palsu berwarna perang dan berkeadaan separuh bogel.
 

“Siasatan mendapati, televisyen dan kipas masih terbuka. Namun, pengenalan diri mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit tiada.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, dua rakan sekerjanya pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam setelah mendapati dia tidak datang bekerja dan tidak dapat dihubungi sehari sebelum ditemui.

Sebaik tiba, panggilan diberikan tidak berjawab dan menyebabkan mereka meminta bantuan ibu saudara mangsa yang tinggal bersebelahan membuka pintu dengan kunci
pendua sebelum menemui mayatnya.
Mangsa anak bongsu dari lima beradik  dipercayai tinggal seorang diri di rumah peninggalan arwah bapanya.


sumber : perihalnegara

11 Apr 2014

Peninju Jepun wanita jelita koyak bajunya depan penonton!

Tomomi Takano mungkin belum dikenali diperingkat global, tetapi namanya semakin popular di Jepun sebagai seorang peninju wanita yang bukan sahaja hebat, malah memiliki wajah dan tubuh yang jelita.

Asian Town melaporkan, Tomomi bukan sahaja terkenal dengan gaya tinjunya, tetapi memiliki rupa paras yang amat cantik.

Baru-baru ini, Jepun telah menganjurkan satu pertandingan tinju yang menarik minat ramai peninju profesional termasuklah Tomomi.


Beliau tampil bukan sahaja sebagai peserta, tetapi juga model untuk pengajur yang mengajurkan acara ini dengan menggunakan kaedah yang istimewa untuk mempromosikannya.

Takano secara tiba-tiba mengoyakkan baju keemasannya dan melangkah dalam keadaan separuh bogel dengan beberapa nama sponsor dilukis di bahagian buah dadanya.

Sanggup bunuh demi Smartfon



Takano pernah mencetuskan kontroversi apabila dituduh melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan buah dadanya. Namun begitu, beliau menafikannya sambil mengatakan ia amat berbahaya untuk melakukan pembedahan dengan sukan yang diceburinya itu.

10 Apr 2014

Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah

Jeremy Little Meninggal Dunia 
Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah

Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah


Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah KUALA LUMPUR: CEO Tune Studios yang juga anggota band muzik Indie tempatan Prana, Jeremy Little telah dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, pada awal pagi Rabu.

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram peribadi miliknya dengan kapsyen: “Beautiful Technology in a magical place..SubhanAllah”.

Gambar berserta kapsyen tersebut adalah yang terakhir dimuatnaik oleh Allahyarham kira-kira lima hari lalu di tanah suci Mekah. Allahyarham berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Bertindak sebagai DJ dalam band muzik Prana, Jeremy Little yang turut menguruskan label Laguan Music bersama saudara kandungnya, Jeffrey Little sebelum ini pernah menghidap penyakit kanser tahap 4 dan pernah menjalani rawatan untuk merawat penyakit kronik tersebut.

Mufti Ismail Menk, kenalan Allahyarham telah memuatnaik status pemberitahuan tentang pemergian sahabatnya Jeremy Little di laman Twitter peribadi milik beliau.

Status mengenai pemergian Allahyaraham Jeremy turut dimuatnaik di laman facebook, Tune Studios. Beberapa rakan seperjuangan Allahyarham di dalam industri muzik Malaysia juga turut melahirkan ucapan takziah di atas pemergian beliau.




Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah

Anak Che Ta Hanya Mahukan Audi R8, Bukannya BMW X6

Anak Che Ta Mahukan Audi R8, Bukannya BMW X6 | PETALING JAYA: Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain.

Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000.

"Hahaha... Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

"Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho," selorohnya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi mesej aplikasiWhatsApp pada pagi Khamis.

Gambar kereta mewah Audi R8 yang dikirim Ammar menerusi Whatsapp selepas membuat tinjauan di beberapa kedai kereta di sekitar ibu kota pada Rabu.



Anak Che Ta Mahukan Audi R8, Bukannya BMW X6


Ammar diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya Rozita sudah membelikannya kereta mewah BMW X6 bersempena kejayaannya yang cemerlang dalam SPM.

Tambah Ammar, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45.

"Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.

"Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari," katanya bergurau.

Sebelum ini, Ammar pernah mendapat hadiahkan sebuah telefon bimbit selepas cemerlang dalam peperiksaan penilaian Menengah Rendah (PMR) dan set permainan PS2 selepas berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) - mStar online

6 Apr 2014

MH370 EPISODE PERTAMA PENUTUP (sungai furat, HAARP, Superstring) perang dunia ke 4....

AMARAN! Artikel ini akan mengakibatkan anda merasa bosan, pelik, aneh, marah-marah dan tidak percaya. Sila hentikan pembacaan disini sekiranya anda tidak bersedia untuk menerima info yang dirasakan sukar bagi anda untuk dicerna. Untuk memudahkan anda memahami apa yang akan saya dedahkan, sila baca artikel-artikel sebelum ini mengikut turutan: Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6. Saya TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya anda masih juga gagal memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi. Saya berasa amat simpati terhadap nasib mereka yang gagal.
1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) menuju Beijing (PEK) telahpun dilaporkan hilang daripada radar.
2. Pesawat tersebut hilang ketika hendak memasuki ruang udara Vietnam. Rakaman terakhir perbualan radio antara MH370 dan juga menara satelit adalah seperti disini
 
ARTIKEL PENUH DIBAWAH

JOM KLIK IKLAN