12 Apr 2014

Jurujual Lembut Ditemui Separuh bogel Mati

jurujual, lembut, rambut palsuu, separuh bogel,
SHAH ALAM – Seorang jurujual pusat membeli belah, ditemui mati dijerut di kediamannya, di Flat Sri Lempah, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa ditemui di bilik utama dalam keadaan meniarap atas tilam dan terdapat tali pinggang di lehernya.

Menurutnya, mangsa dipercayai berperwatakan wanita dengan memakai rambut palsu berwarna perang dan berkeadaan separuh bogel.
 

“Siasatan mendapati, televisyen dan kipas masih terbuka. Namun, pengenalan diri mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit tiada.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, dua rakan sekerjanya pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam setelah mendapati dia tidak datang bekerja dan tidak dapat dihubungi sehari sebelum ditemui.

Sebaik tiba, panggilan diberikan tidak berjawab dan menyebabkan mereka meminta bantuan ibu saudara mangsa yang tinggal bersebelahan membuka pintu dengan kunci
pendua sebelum menemui mayatnya.
Mangsa anak bongsu dari lima beradik  dipercayai tinggal seorang diri di rumah peninggalan arwah bapanya.


sumber : perihalnegara

0 comments

Post a Comment

JOM KLIK IKLAN